Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
297) JALAN ROSAK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kesulitan yang dihadapi oleh PBT atau JKR untuk menyelesaikan aduan jalan rosak dengan segera?
Pihak JKR tidak menghadapi kesulitan dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan aduan jalan rosak mengikut Piagam Pelanggan JKR iaitu:
- Pembaikan lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan tidak melebihi 1 hari selepas aduan
- Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau selepas aduan
- Setiap penutupan jalan akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya
Kesulitan yang dihadapi oleh pihak PBT pula adalah :-
- Kekurangan tenaga pekerja
- Kekurangan peruntukan kewangan
-
Nyatakan faktor utama jalan-jalan yang telah diturap masih kerap mengalami kerosakan
Faktor utama jalan-jalan yang telah diturap masih kerap mengalami kerosakan ialah :
- Penggunaan kenderaan yang melebihi had berat yang
- Kualiti kerja kontraktor yang tidak memuaskan semasa pembinaan serta penyelenggaraan
- Kualiti struktur jalan sedia ada tidak mampu menampung had berat kenderaan. Jalan sebegini perlu diperkukuhkan dengan cara
-
Nyatakan PBT yang telah menubuhkan skuad untuk memantau dan mengesan lokasi jalan rosak
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melakukan pemantauan dengan mewujudkan sistem aduan supaya penduduk setempat dapat melaporkan sebarang kerosakan atau keadaan jalan raya di pusat bandar di Selangor. Skuad yang ditubuhkan untuk memantau dan mengesan lokasi jalan rosak adalah :
- Unit “Road Gang”
- Kontraktor kecemasan
- Panel Kontraktor