Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

289) PROJEK-PROJEK YANG DIUMUM DI UCAPAN BAJET 2016

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini penubuhan Majlis Perundingan Smart Selangor? Huraikan

    Mesyuarat EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES0 yang bersidang pada 17 Mac 2016 telah bersetuju menubuhkan Majlis Perundangan SMART Selangor yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan ahli-ahli terdiri daripada YB EXCO Kerajaan Negeri yang dilantik, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan turut mendapat input kepakaran antarabangsa.

     

    Untuk tindakan seterusnya, Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pemantu SMART Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan ahli-ahlinya terdiri daripada Pengarah UPEN, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) dan Menteri Besar Incorporated (MBI).

     

    Kerajaan Negeri juga bersetuju menubuhkan SMART Selangor Delivery Unit (SSDU) yang diurusetiakan oleh MBI untuk melaksanakan program-program serta membentuk kumpulan kerja bagi melaksanakan dua belas (12) Kluster SMART Selangor yang telah dikenal pasti. Walau bagaimanapun, dalam tempoh yang terdekat, Kerajaan Negeri akan menumpukan kepada  kluster yang diberi keutamaan sebagai projek “Quick Wi” dengan izin, iaitu ‘Crime, Pothole, Waste Management, Street Light/Traffic Light dan e-aduan;.

     

    Kerajaan Negeri juga mengarahkan pihak MBI bekerjasama dengan JPBD Negeri Selangor untuk merangka satu ‘Blueprint SMART Selangor’ (Membangunkan SMART Selangor Yang Peduli) bagi menghasilkan visi

     

    SMART Selangor yang holistik dan komprehensif berdasarkan keutamaan, keperluan serta mengikut skala yang bersesuaian.

  2. Apakah perkembangan terkini penubuhan pusat pengurusan aduan (central call management centre)? Huraikan

    Bahagian Korporat bersama Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Khidmat Pengurusan akan bermesyuarat dengan pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 21 Mac 2016 untuk membincangkan secara terperinci mengenai penubuhan satu pusat pengurusan aduan /Selangor One Call

  3. Apakah status terkini penyenaraian Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) sebagai Tapak Warisan Negara dan seterusnya Tapak Warisan Dunia?

    Langkah awal ke arah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan telah pun dimulakan, pada 26hb Jun 2013, melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menimbang dan meluluskan cadangan pencalonan Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) sebagai tapak warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan

     

    Bagi maksud itu, Borang Penamaan Sebagai Warisan Kebangsaan (Borang E) telah pun dikemukakan kepada Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara untuk pertimbangan selanjutnya. Kerajaan Negeri Selangor amat berharap agar tapak Permatang Kuarza Gombak Selangor ini mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Kebangsaan dan seterusnya kita dapat mengorak langkah seterusnya ke arah pengiktirafan Dunia UNESCO. Sehingga kini, dimaklumkan Jabatan Warisan Negara sedang mengeluarkan Notis Niat di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan seterusnya proses-proses berkaitan akan dijalankan.

     

    Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan telah proaktif untuk menyediakan beberapa penerbitan dan kajian-kajian yang berkaitan bagi membuktikan pengukuhan kepada Nilai Universal Sejagat/ Outstanding Universal Value (OUV) terhadap tapak PKGS ini.

     

    Sebagai halatuju/‘way forward’ (dengan izin), Kerajaan Negeri telah pun mengenalpasti fasa-fasa perancangan dan perlaksanaan untuk memastikan tapak PKGS mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Kebangsaan dan seterusnya Dunia iaitu dengan mempelbagaikan penerbitan dan kajian bagi menyokong OUV, menyediakan Conservation Management Plan (CMP) yang komprehensif, meningkatkan program kesedaran dan pendidikan komuniti setempat, menyediakan platform ilmiah (bengkel, sesi dialog, seminar), menggalakkan pembangunan dan penyelidikan dan pembentangan di peringkat antarabangsa, penyediaan DOSSIER dan Tentative List serta bekerjasama rapat dengan Jabatan Warisan Negara untuk melancarkan proses mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005. Sehingga kini, JPBD Selangor akan

     

    menyediakan CMP pada tahun 2016 bagi memastikan pengurusan yang berkesan.

     

    * Maklumat Tambahan

     

    Penerbitan dan kajian-kajian berkaitan PKGS yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

     

    1. Kajian Saintifik Permatang Kuarza Gombak Selangor dengan kerjasama Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);

     

    1. Kajian Penilaian Saintifik Ciri-Ciri Fizikal Menggunakan Teknologi Lidar di Permatang Kuarza Gombak Selangor yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur; dan

     

    1. Buku ‘Coffee Table’ Permatang Kuarza Gombak Selangor yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 28hb. September 2015.

     

    Selaras dengan itu, sebagai tambah nilai dalam usaha murni ini, Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan juga telah menjalankan beberapa program seperti berikut :

     

    Ekspedisi Permatang Kuarza Gombak Selangor telah diadakan selama empat

    • hari bermula pada 11hb. Februari 2014 hingga 14hb. Februari 2014 yang menghimpunkan lebih 60 pengkaji-pengkaji yang terdiri dari pelbagai bidang berkaitan;

     

    1. Seminar Pemuliharaan Tapak Semulajadi peringkat Negeri Selangor pada 18hb. November 2014 dengan pembentangan empat (4) kertas kerja;

     

    1. Pembentangan Kertas Kerja “Geospatializing The Klang Gates Quartz Ridge in Malaysia: A Technological Perspective’’ di Kongres Dunia European Geoscience Union (EGU) di Vienna, Austria pada 12hb-17hb April 2015 bersama JPBD Selangor, JMG dan UTM KL;

     

    1. Bengkel Penetapan Kriteria Buffer Zone Tapak Warisan Negeri Selangor dengan kerjasama FRIM pada 1hb. Oktober 2015;

     

    1. Pembentangan Kertas Kerja Penggunaan Teknologi LiDAR Dalam Penentuan Ciri-Ciri Fizikal Dan Risiko Tebing PKGS di Seminar GEO-

     

    HERITAGE FORUM Langkawi pada 4hb. November 2015 bersama JPBD Selangor dan UTM, KL; dan

     

    1. Bengkel Kerangka Awal Pelan Pengurusan dan Pemeliharaan (Conservation and Management Plan, CMP) PKGS pada 26 hingga 27hb.Oktober

     

    Tambahan lagi, menerusi Rancangan Malaysia kesebelas (RMK11) 2016- 2020, Kerajaan Negeri Selangor, secara dasarnya telah bersetuju di bawah program Warisan Negeri Selangor dengan mengenal pasti tiga (3) lagi tapak lain yang mempunyai ‘Outstanding Value’ untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Kebangsaan. Tapak-tapak yang dimaksudkan adalah ;

     

    • Bandar Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor yang merupakan bandar terancang pertama di Malaysia dengan konsep Bandar Taman yang berpotensi sebagai Tapak Warisan Bangunan Bersejarah;

     

    • Bukit Melawati di Kuala Selangor yang menyimpan aset warisan tinggalan sejarah lama berpotensi sebagai Tapak Warisan Bangunan Bersejarah; dan

     

    • Bandar Diraja Klang yang mempunyai nilai bangunan bersejarah menunjukkan perkembangan dan pembentukan bandar dan petempatan awal berpotensi juga sebagai Tapak Warisan Bangunan Bersejarah.

     

    Di samping itu, Kerajaan Negeri juga akan memastikan tapak-tapak warisan yang mempunyai nilai terunggul ini akan terus dipelihara dan dipulihara untuk diangkat sebagai pengiktirafan negara dan seterusnya di platform dunia.

     

    Tapak-tapak bernilai warisan lama ini harus dikekalkan dan dirancang secara holistik tanpa ada unsur-unsur atau pencerobohan yang boleh mengganggu gugat dan menghilangkan nilai warisan yang telah terbentuk ratusan dan jutaan tahun dahulu. Kerajaan Negeri sangat konsisten dalam hal ini, dan menyeru semua pihak dari pihak Kerajaan mahupun rakyat untuk bersama- sama menghargai dan menjaga khazanah alam semulajadi ini agar tidak hilang dan musnah akibat dari perbuatan kita sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.