Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

273) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar di seluruh Selangor?

    1. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, menurut Seksyen 2 Akta Pusat Jagaan 1993 [ Akta 506 ], “Pusat Jagaan” bererti Pusat Jagaan Berkediaman dan Pusat Jagaan Harian. Semua pusat jagaan hendaklah didaftarkan di bawah Seksyen 6 Akta Pusat Jagaan 1993 [ Akta 506 ] dan terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut:-

     

    1. Pusat Jagaan Harian – mana-mana premis yang menerima empat (4) orang atau lebih untuk jagaan selama tempoh yang berterusan melebihi 3 jam sehari, sekurang-kurangnya tiga (3) hari seminggu, samada menerima upah atau

     

    1. Pusat Jagaan Berkediaman – mana-mana premis yang menerima empat
    • orang atau lebih untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, samada menerima upah atau

     

    Manakala mengikut Seksyen 2, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308], Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Semua TASKA hendaklah didaftarkan di bawah Seksyen 7, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308].

     

    Berdasarkan kepada rekod pendaftaran pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sehingga Februari 2016 terdapat sebanyak 321 buah pusat jagaan kategori kanak-kanak yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Statistik bilangan Pusat Jagaan Kanak-Kanak berdaftar di

     

    bawah Akta Pusat Jagaan 1993 di Selangor dan bilangan penghuni kanak- kanak mengikut daerah sehingga Februari 2016 adalah seperti berikut:-

     

     

    BIL

     

    DAERAH

    BILANGAN PUSAT

    JAGAAN KANAK- KANAK BERDAFTAR

    BILANGAN

    KANAK-KANAK (ORANG)

     

    1

     

    Petaling

     

    144

     

    4,209

     

    2

     

    Hulu Langat

     

    58

     

    2,181

     

    3

     

    Klang

     

    46

     

    1,804

     

    4

     

    Gombak

     

    38

     

    1,487

     

    5

     

    Sepang

     

    12

     

    329

     

    6

     

    Hulu Selangor

     

    11

     

    213

     

    7

     

    Kuala Selangor

     

    7

     

    247

     

    8

     

    Kuala Langat

     

    3

     

    68

     

    9

     

    Sabak Bernam

     

    2

     

    65

     

    JUMLAH

     

    321

     

    10,603

  2. Apakah prosedur untuk membuka pusat jagaan kanak-kanak di Selangor?

    Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa komited dalam memastikan pengoperasian pusat-pusat jagaan khususnya pusat jagaan kanak-kanak adalah mematuhi garis panduan sepertimana yang ditetapkan di dalam Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] dan Peraturan- Peraturan Pusat Jagaan 1994 [P.U. (A) 248/1994].

     

    Setiap    permohonan   pendaftaran   Pusat   Jagaan   Kanak-Kanak   mestilah mematuhi syarat-syarat penubuhan pusat jagaan seperti berikut:

     

    • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS);

     

    • Mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
      1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
      2. Jabatan Bomba dan Penyelamat;
      3. Jabatan Kesihatan

     

    • Memenuhi standard minimum JKM iaitu:-
      1. Nisbah penjaga dengan penghuni : Kanak-Kanak bawah 4 tahun

    = 1 penjaga : 5 kanak-kanak

     

    Kanak-Kanak 4 hingga 18 tahun

     

    = 1 penjaga : 18 kanak-kanak

     

    • Penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;

     

    • Mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu :
      1. Kanak-kanak bawah 10 tahun adalah 3.5 meter persegi;
      2. Kanak-kanak 10 tahun hingga bawah 18 tahun adalah 3.0 meter persegi;

     

    • Menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;

     

    • Pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni;

     

    • Menyedia dan menyelenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan

     

    • Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis pusat
  3. Adakah terdapat pelan jangka panjang berkaitan pembangunan pusat jagaan kanak-kanak di Selangor?

    Pembentangan Belanjawan 2016 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di bawah Strategi Kelima : Membangun Kapasiti Wanita, Generasi Y dan Ekonomi Kreatif, Kerajaan Negeri telah mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengkaji garis panduan pembangunan sedia ada untuk memastikan pusat jagaan anak-anak disediakan terutama di kawasan perumahan mampu milik dan kos

     

    Sehubungan itu sebagai pelan jangka panjang, Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan pusat jagaan kanak-kanak ini dapat dilaksanakan dalam memastikan kanak-kanak di Selangor menerima penjagaan dan perkembangan minda yang berkualiti serta mencapai keseimbangan di antara kerjaya dan keluarga.

Lampiran

Tiada Lampiran.