Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
268) BANTUAN KEPADA PESAKIT DIALISIS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang dilantik mengikut daerah.
Pada tahun 2015, sebanyak 20 Panel Dialisis Sihat Selangor telah dilantik. Kerajaan Negeri pada tahun 2016 berhasrat untuk menambah 20 Panel Dialisis Sihat Selangor. Jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang dilantik pada tahun 2015 mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL DAERAH JUMLAH PUSAT DIALISIS YANG DILANTIK
1. Petaling 9 2. Hulu Langat 6 3. Klang 3 4. Kuala Selangor 2 JUMLAH 20 Berikut adalah senarai Panel Dialisis Sihat Selangor yang telah dilantik pada tahun 2015:
BIL NAMA PUSAT DIALISIS 1. Renal Care Dialysis Services Sdn. Bhd., Petaling Jaya 2. Pusat Hemodialisis Mawar, Seri Kembangan 3. Pusat Dialysis Mesra S/B, Klang 4. Persatuan Dialisis Touch Petaling Jaya 5. Syukur Dialisis Sdn Bhd, Shah Alam 6. Pusat Dialisis An-Nur Seksyen 13, Shah Alam 7. Pusat Hemodialysis Harmoni (Kota Damansara), Petaling Jaya 8. Renal Team Dialysis Centre, Petaling Jaya 9. Pusat Dialisis Pakar Medi-Nefron Sdn. Bhd. Pusat Putra Permai, Seri Kembangan
10. Pusat Dialisis Pakar Medi-Nefron Sdn. Bhd., Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan
11. Subang Dialysis Centre (Asia Renal Network Sdn. Bhd.) Subang Jaya 12. Persatuan Dialisis Kurnia Petaling Jaya 13. Islah Dialisis Sdn. Bhd., Ampang Jaya 14. Pusat Hemodialysis Harmoni (Sg. Long), Kajang 15. Pusat Perubatan Dialisis (Cerqofy Sdn. Bhd.), Kajang 16. Pusat Dialisis Nephrocare, Klang 17. Pusat Dialysis Mesra S/B, Sungai Buloh 18. Jerteh Dialysis Centre Sdn. Bhd., Klang 19. Pusat Dialysis Mesra S/B, Kuala Selangor 20. Yayasan Islam Darul Ehsan (Mais), Kuala Selangor -
Nyatakan jumlah pesakit dialisis yang mendapat Bantuan Kesihatan Sihat Selangor mengikut tahun dan daerah.
Pada tahun 2014, seramai 122 orang telah mendapat bantuan dialisis melalui program Bantuan Sihat Selangor dengan jumlah bantuan sebanyak RM 253,727.30. Bantuan ini telah mendapat permintaan yang tinggi dan pada tahun 2015 seramai 250 orang telah mendapat bantuan ini dengan jumlah bantuan sebanyak RM 854,479.00. Berikut adalah jumlah pesakit dialisis yang mendapat Bantuan Kesihatan Sihat Selangor mengikut tahun dan daerah:
DAERAH
2014
2015
Klang
25 80 Petaling
20 34 Kuala Langat
12 7 Kuala Selangor
17 21 Sabak Bernam
0 10 Hulu Langat
11 22 Gombak
21 31 Sepang
7 11 Hulu Selangor
2 8 Lain-lain kawasan
7 26 JUMLAH
122 250 -
Nyatakan keberkesanan Panel Dialisis Sihat Selangor membantu pesakit dialisis yang kurang berkemampuan
Pada masa ini, Panel Dialisis Sihat Selangor yang telah dilantik banyak membantu pesakit di dalam membuat permohonan bantuan Sihat Selangor terutama bagi permohonan Dialisis. Kewujudan Panel Dialisis Sihat Selangor juga membolehkan pesakit yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di Panel-panel dan Pusat-pusat Dialisis yang berdekatan. Selain itu, Panel Dialisis turut menyalurkan maklumat berkaitan Bantuan Sihat Selangor kepada orang