Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
260) MITIGASI BANJIR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah parit dan longkang yang lama dan telah mengalami kerosakan dan tidak dapat menampung ?
Secara dasarnya sistem saliran lama termasuk parit dan longkang di dalam Daerah Klang berada dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). MPK mempunyai perancangan membaiki kerosakan parit dan longkang yang mengalami kerosakan atau kurang berfungsi berdasarkan kepada keutamaan. Ia juga meliputi kerja-kerja menaiktaraf perparitan di kawasan-kawasan yang mengalami masalah banjir. Bagi kes-kes kejadian banjir yang agak besar atau serius MPK juga bekerjasama dengan merujuk perkara ini kepada pihak
-
Berapakah jumlah yang telah diperuntukkan untuk MPK memastikan parit dan jalan dalam keadaan bersih dan berfungsi bagi mengelak banjir kilat?
Jumlah peruntukan untuk memastikan parit dan jalan berkeadaan bersih bagi tahun 2015 adalah RM1,655,529.00.