Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
259) ZIKA DAN DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penyakit denggi dan zika semakin mengancam kesihatan penduduk Selangor. Mengapakah Kerajaan Selangor masih belum menetapkan satu pelan tindakan induk bagi menghapuskan atau mengurangkan kes denggi dan hotspot secara drastik?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menghapuskan dan mengurangkan kes demam Denggi di negeri ini. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa akur dan mengambil tindakan secara proaktif sebagai langkah pencegahan selaras dengan Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009 – 2013) dan Hala Tuju Baru untuk Kawalan Denggi 2014 serta Pendekatan Ekosistem 2015 yang telah diperkenalkan oleh
Sehubungan dengan itu, bagi menyokong usaha KKM untuk membanteras dan mengurangkan kes Denggi terutamanya di Negeri ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes yang telah diadakan pada 27 – 29 Julai 2015 untuk membincangkan cara terbaik menangani isu Denggi di Negeri Selangor. Bengkel ini turut dihadiri oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (PBT), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Hasil daripada Bengkel berkenaan, beberapa Program Pencegahan, Pendidikan serta Tindakan Penguatkuasaan telah dibentangkan dan dibincangkan. Di antara Program Pencegahan yang akan dijalankan pada tahun ini adalah seperti berikut :
- Kawalan Denggi secara Biologi;
- Memberi taklimat kepada pemaju dan Pest Control Officer (PCO) berkaitan tatacara mengawal pembiakan wabak Denggi dan Zika di tapak bina (Tapak Bina Sifar Aedes) ;
- Perumahan Bertingkat Sifar Aedes;
- Sekolah Sifar Aedes;
- Rumah Ibadat dan Kawasan Tumpuan Awam Sifar Aedes
Manakala, Program Pendidikan pula merangkumi :
- Kempen kesedaran melalui bunting, banner dan billboard;
- Kod warna lokaliti wabak Denggi (Merah – melebihi 10 kes, kuning – kurang dari 10 kes dan hijau – tiada kes);
- TASKA / TADIKA Sifar Aedes;
Sehubungan itu, program-program di bawah Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes dan akan dilaksanakan pada tahun 2016 secara berperingkat.