Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
256) PUSAT HIBURAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah bilangan Pusat Hiburan yang beroperasi secara sah di semua PBT ?
a) Soalan (a) akan dijawab bersekali dengan (b). Jumlah bilangan Pusat Hiburan yang beroperasi secara sah (berlesen) ialah sebanyak 674 dan tidak sah (tidak berlesen) ialah sebanyak 219. Bilangan secara terperinci mengikut PBT adalah seperti berikut :
PBT JUMLAH BILANGAN PUSAT HIBURAN YANG BEROPERASI SAH (BERLESEN) TIDAK SAH (TIDAK BERLESEN) MBSA 46 6 MBPJ 142 84 MPK 92 0 MPAJ 65 70 MPSJ 104 41 MPS 86 10 MPKj 36 0 MPSp 23 0 MDKL 24 0 MDHS 11 0 MDKS 15 8 MDSB 30 0 JUMLAH 674 219 -
Sila nyatakan jumlah Pusat Hiburan yang beroperasi secara haram di semua PBT ?
-
Sila nyatakan apakah keberkesanan Dasar Zon Hiburan bagi mengawal selia aktiviti hiburan ?
Keberkesanan Dasar Zon Hiburan adalah bagi mengawal selia aktiviti hiburan seperti:
- Lokasi ditetapkan hanya pada tempat tertentu sahaja dan pembukaan di tempat lain adalah dilarang sama sekali;
- Jumlah atau bilangan hiburan adalah terhad mengikut bilangan premis dan keluasan kawasan;
- Pemantauan boleh dilaksanakan secara terancang dan berkesan; dan
- Tumpuan bagi tujuan pendidikan dan kempen kesedaran boleh dilaksanakan dengan mudah di lokasi