Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
249) SISTEM PENYURAIAN KESESAKAN LALULINTAS MBSA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah MBSA akan mengadakan sistem penyuraian lalulintas dengan memperkenalkan sistem jalan sehala di pekan Bandar Baru Sg Buloh?
Pihak Majlis telah melaksanakan sistem jalan sehala di Jalan 1A/1 dan 1A/2, Seksyen U20 pada tahun 2003 kecuali jalan besar Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 1 dan Jalan 1A/3, Seksyen U20 kerana kawasan tersebut adalah jalan utama keluar masuk ke kawasan perumahan. Sehubungan dengan itu, pada bulan Februari 2016 pihak MBSA juga telah mewartakan zon tunda di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 1 bagi mengambil tindakan ke atas pengguna yang meletakkan kenderaan di luar petak tempat letak kereta yang telah disediakan untuk menggelakkan kesesakan
-
Bilakah jangkaan perlaksanaan sistem tersebut akan dilaksanakan?
Untuk penyuraian jangka masa panjang pihak MBSA telah melantik perunding untuk membina jalan alternatif seperti yang telah dibentangkan dan diluluskan dalam Lembaga Tabung Amanah (ISF) kali 1/2015 bertarikh 27 April 2015. Tempoh pembinaan projek ini memakan masa 18 bulan dari pelantikan tender untuk tahun