Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

245) BUDAYA MENJAGA KESIHATAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ramai warga Selangor dilanda penyakit kronik, dikaitkan dengan budaya hidup tidak sihat. Apakah insentif awal kerajaan untuk mencegah penyakit diabetes, sakit buah pinggang,melalui aktiviti seperti tukar tabiat makan?

    Sepanjang tahun Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan program- program kesihatan bagi membina kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan rakyat. Program ini dijalankan di setiap daerah bagi memastikan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dapat disampaikan kepada semua lapisan masyarakat.

     

    Antara program-program kesihatan yang dijalankan adalah Program Berjalan 10,000 langkah. Selain itu juga, Program Kayuhan Jantungku diadakan bagi memberi didikan penjagaan kesihatan jantung. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan Program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma dalam program-program Karnival Sihat Selangor. Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri juga mempromosikan kaedah Pemakanan Sihat di setiap penganjuran Karnival Sihat Selangor.

     

  2. Adakah kerajaan bersedia untuk melabur untuk mencegah rakyat daripada penyakit kronik?

    Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini sentiasa bersedia dan dalam perancangan untuk membantu rakyat bagi mencegah rakyat daripada penyakit kronik. Tambahan pula, pada Karnival Sihat Selangor pada tahun ini semua PBT akan memfokuskan kepada beberapa isu kesihatan seperti pengurusan stress, darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser, obesiti, buah pinggang dan tibi. Walau bagaimanapun, Bantuan Sihat Selangor yang telah diperkenalkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pesakit- pesakit yang mengalami penyakit serius termasuk Dialisis, Katarak Mata, bantuan Kaki Palsu, Pembedahan Kecil dan lain-lain

Lampiran

Tiada Lampiran.