Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
211) PERPARITAN – DI DUN IJOK PADA MUSIM HUJAN TERDAPAT KAWASAN BANJIR DAN BILA MUSIM PANAS AIR BERTAKUNG DI PARIT-PARIT DAN LONGKANG-LONGKANG, HINGGA MEMBAWA WABAK DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah garis panduan (SOP) untuk mengendalikan parit-parit dan longkanglongkang di PBT dan kampung-kampung?
Kerja-kerja mengendalikan parit-parit dan longkang-longkang merangkumi kerja-kerja pembersihan parit seperti mengorek kelodak/enapan di dasar parit serta kiri dan kanan tebing parit, menebas dan memotong rumput di kiri dan kanan bahu parit dan mengangkut keluar sisa korekan ke tempat buangan yang dibenarkan.
Garis panduan (SOP) untuk mengendalikan parit-parit dan longkang-longkang di kawasan kampung-kampung adalah seperti berikut:
- Menerima aduan awam, arahan kerja atau cadangan
- Siasatan di tapak akan
- Penyediaan arahan kerja kepada kontraktor
- Pengawasan di tapak semasa kerja
- Pengesahan kerja siap dilaksanakan (lawatan tapak bersama kontraktor).
Sisa longkang perlulah dimasukkan dalam plastik dan tidak dibenarkan diletakkan di bahu jalan/atas jalan raya.
-
Di harap Kerajaan Negeri memberi penjelasan mengapa tiada peruntukan untuk Pembangunan & Pengurusan 2016 JPS di Ijok walaupun kawasan sering dilanda banjir dan banyak kes demam denggi?
Peruntukan Pembangunan P13 yang diterima oleh JPS Negeri Selangor pada tahun 2016 digunakan untuk pembangunan di kawasan banjir yang lebih kritikal. Peruntukan mengurus yang diperolehi Daerah Kuala Selangor pada tahun 2015 adalah sebanyak RM 4.2 juta dan sebanyak RM 2.5 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembersihan kawasan kampung oleh Jawatankuasa Ketua Kampung (JKK).
Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sistem saliran di dalam kawasan Ijok akan dilaksanakan sebanyak 3 pusingan setahun oleh Jawatankuasa Ketua Kampung (JKK) yang dibuat secara bergotong royong. Selain itu juga, kerja-kerja penggalian semula parit akan dilaksanakan secara sebutharga sebanyak setahun sekali mengikut kepada peruntukan semasa.