Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
207) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah klasifikasi kes-kes pencerobohan yang berlaku di Selangor?
Berdasarkan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara Tahun 1965, pencerobohan adalah ditafsirkan sebagai pendudukan secara tidak sah di atas tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan. Secara umumnya, kes-kes pencerobohan yang berlaku ke atas tanah kerajaan di Negeri Selangor adalah bagi tujuan aktiviti pertanian, kecurian pasir, pembinaan struktur rumah kediaman dan perniagaan, serta pembuangan sampah secara
-
Berapa banyak kes pencerobohan yang diselesaikan dan apakah halangan untuk diselesaikan?
Sehingga 31 Disember 2015, sejumlah 480 kes pencerobohan tanah kerajaan di seluruh Negeri Selangor telah diambil tindakan penguatkuasaan. Antara halangan yang sering dihadapi dalam menyelesaikan kes-kes tersebut adalah seperti berikut:
- Kekurangan peralatan yang sesuai dalam melaksanakan tindakan perobohan
- Keengganan penceroboh untuk mematuhi tempoh Notis pengosongan yang telah dikeluarkan
- Tiada kerjasama daripada penceroboh semasa operasi dijalankan
- Campur tangan daripada pihak luar
-
Senaraikan kes pencerobohan tanah kerajaan di Daerah Petaling
- Senarai kes pencerobohan tanah kerajaan di bawah Seksyen 425, KTN bagi tahun 2014 hingga 2016 di Mukim Petaling adalah seperti berikut:
TAHUN
PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
Tanah Rizab JPS Tanah Rizab JKR Tanah Rentis TNB
Lain-Lain Jumlah 2014
7
2
–
49
58
2015
1
–
–
37
38
2016
–
–
–
2
2
JUMLAH
8
2
–
88
98
Sumber: Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling