Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
204) PELAN INDUK PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah pelan induk pertanian negeri Selangor diluluskan oleh kerajaan negeri?
Pelan Induk Pembangunan Pertanian Negeri Selangor telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 20 Januari 2016.
-
Nyatakan matlamat & strategi utama pelan induk pertanian negeri Selangor tersebut?
Matlamat dan strategi utama penyediaan Pelan Induk20 Pembangunan Pertanian Negeri Selangor adalah seperti berikut :-
- Mengenalpasti peratusan sebenar sumbangan sektor pertanian untuk pengeluaran
- Menyediakan jumlah sumbangan sektor pertanian secara terus atau tidak terus kepada Negeri Selangor dari segi sosio-ekonomi – peningkatan pendapatan dan
- Mengenalpasti aktiviti serta kaedah dan teknologi pertanian baharu dan moden yang boleh digunakan pada masa sekarang dan akan
- Strategi meningkatkan jumlah pendapatan golongan petani sektor pertanian kepada sekurang-kurangnya RM3,000.00 sebulan (sepenuh masa).
- Menggariskan pelan strategik ekonomi dalam sektor pertanian ( bekalan makanan ) yang boleh dijadikan sumber peningkatan
- Mewujudkan Pelan Guna Tanah Pertanian Negeri Selangor yang meliputi semua sektor
- Mewujudkan kawasan-kawasan tanah untuk makanan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Ladang #SmartSelangor.
- Strategi untuk meningkatkan jumlah pengeluaran hasil pertanian Negeri Selangor dalam tempoh 10 tahun yang
- Mengenalpasti strategi-strategi yang perlu diambil untuk memastikan peratusan Sels-sufficiency level (SSL) dapat ditingkatkan mengikut jenis tanaman, penternakan dan