Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
202) KAJIAN KEGAGALAN SELESAI ISU SAMPAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan telah mengkaji secara objektif faktor kegagalan menyelesaikan isu sampah?
Sebagai sebuah kerajaan yang cakna, pihak Kerajaan Negeri tidak akan sekali-kali mengabaikan mahu pun melengahkan pencarian penyelesaian kepada kemelut isu sampah yang sehingga ke hari ini masih belum
Mengambil kira setiap aduan rakyat, Kerajaan Negeri telah bertindak dengan bekerjasama dengan perunding yang berpengalaman untuk menjalankan beberapa siri kajian penilaian (Tracking Study) penambahbaikan prestasi PBT bagi menilai semula keberkesanan perkhidmatan pengurusan kutipan sampah.
Hasil daripada kajian tersebut dan berdasarkan kepada pemerhatian, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti beberapa masalah yang sedang dihadapi oleh PBT iaitu:
- Tiada sasaran dan dasar pengurusan sisa pepejal;
- Proses penilaian kontraktor sedia ada tidak memuaskan;
- Tiada penyeragaman skop tender dan kerja;
- Lori sisa pepejal yang tidak bersesuaian digunakan dan tidak diselenggara dengan baik;
- Pekerja tidak mengenakan pakaian seragam dan mengabaikan aspek keselamatan serta kebajikan;
- Data pengurusan sisa pepejal yang amat lemah;
- Pengurusan pusat aduan permasalahan (hotline) yang kurang memuaskan dan tidak menyeluruh;
- Tempoh kontrak yang singkat;
- Pengurusan kontrak kutipan dan pembersihan awam yang dilaksanakan secara berasingan; dan
- Kadar harga kontrak yang tidak berubah berbanding dengan bilangan penduduk dan pembangunan yang pesat (no economies of scale)
Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membantu Kerajaan Negeri dalam mengenalpasti kelemahan-kelemahan mekanisme pengurusan sisa pepejal sedia ada dan ini menjadi input kepada penentuan hala tuju dan dasar yang diperlukan.
-
Apa tindakan untuk mengatasinya?
Berlandaskan kepada hasil kajian tersebut, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat penstrukturan semula sistem pengutipan sampah dengan menubuhkan Project Management Company (PMC) di bawah Kerajaan Negeri bagi menguruskan dan memantau keseluruhan rantaian operasi sisa pepejal dari proses kutipan sehinggalah kepada pelupusan dan pembersihan awam secara bersepadu kerana mekanisme sedia ada yang digunapakai kini adalah sudah tidak begitu relevan dengan pembangunan pesat yang dialami di Negeri
Di antara isu segera yang hendak diselesaikan oleh PMC ini adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan dan menyelesaikan isu pembuangan sampah haram, mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang seragam daripada segi pelantikan, pemantauan dan penilaian prestasi kontraktor serta mewujudkan suatu sistem pengumpulan maklumat secara terperinci dan menyeluruh.
PMC ini akan diterokai di Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebagai projek perintis (pilot project) dan dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2016. Pihak UPEN akan menjadi agensi untuk mengenal pasti kejayaan dan kegagalan pengurusan PMC di Klang dan akan memperbaiki atau meningkatkan mutu perkhidmatan PMC di mana berkaitan.
Selain daripada itu, di peringkat Kerajaan Negeri juga, pihak UPEN telah memulakan langkah pendrafan Enakmen Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Selangor). Terkini, draf enakmen ini sedang ditapis oleh Pejabat Kamar Penasihat Undang-Undang. Enakmen ini dijadualkan untuk untuk dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada April atau pun Mei 2016 ini.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (lead agency) bagi merangka dan menyediakan Garis Panduan Untuk Pelaksanaan Perkhidmatan Kutipan Sampah Isi Rumah (Domestik) Negeri Selangor sebagai langkah awal untuk menyeragamkan aktiviti di setiap PBT.
-
Bagaimana kerajaan mengatasi masalah sampah berhubung pendatang asing?
Bagi mengatasi masalah sampah berhubung pendatang asing, PBT menggunakan pendekatan-pendekatan seperti berikut:-
- Mengedarkan pekeliling berkaitan kebersihan kepada kilang-kilang bagi memastikan maklumat berkaitan peraturan kebersihan yang ditetapkan oleh pihak PBT dipatuhi;
- Menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas premis- premis yang didiami oleh warga asing dan mengeluarkan surat makluman tindakan penguatkuasaan kepada majikan mereka contohnya tindakan penguatkuasaan di Majlis Perbandaran Petaling Jaya bagi tahun 2015, lapan (8) daripada 14 orang yang ditangkap kerana kesalahan membuang sampah adalah warga asing. Pesalah telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.00
- Mewujudkan risalah pelbagai Bahasa bagi memudahkan maklumat disampaikan kepada warga asing tersebut;
- Menyediakan risalah / papan tanda amaran dalam bentuk ‘minimalist’ supaya mesej berkaitan kebersihan yang ingin disampaikan difahami oleh warga asing tersebut; dan
- Melibatkan warga asing ini dalam program-program gotong royong atau kempen kesedaran yang