Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

201) NAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN 1 TANJUNG MALIM – RAWANG (FT001)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai naiktaraf Jalan FT001 ke Genting Highland pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Ini adalah Jalan Persekutuan FTO011

    JKR Selangor telah memohon projek ini ke Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan tidak diluluskan dalam RMKe-11.

     

  2. Adakah JKR Selangor berhasrat menaiktaraf persimpangan di Jalan Kuala Kali - Rasa (B115) ke Jalan FT001 pada tahun ini?

    Projek ini telah diluluskan dalam RMKe-11 di bawah tajuk Menaiktaraf Persimpangan dan Mengganti Jambatan di Jalan Kuala Kali – Rasa (B115) Ke Laluan Persekutuan 1, Seksyen 441.00 dengan kos siling sebanyak RM 20 juta.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     

    a)

     

    Tajuk                          :          Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT1 dari Templer Park ke

    Tanjung Malim

     

     

     

    Skop Projek               :

     

    1. Menaiktaraf jalan sedia ada dari dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala sepanjang 40 km

     

    1. Menaiktaraf 11 jambatan 2 lorong 2 hala, laluan motosikal

     

    1. Menaiktaraf persimpangan kepada signalized juntion

     

    1. Kerja pengalihan / melindungi utiliti

     

    1. Pengambilan balik tanah

     

     

    Kos Projek                :           RM 350,000,000.00

     

     

    b)

     

    Tajuk Projek              :            Menaiktaraf Persimpangan dan Mengganti Jambatan di

    Jalan Kuala Kali – Rasa (B115) Ke Laluan Persekutuan 1, Seksyen 441.00, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan

     

     

    Objektif Projek          :

    1. Menaiktaraf persimpangan    jalan    tersebut     mengikut spesifikasi JKR untuk jangka masa panjang .
    2. Menaiktaraf tahap  struktur Jambatan sediada    mengikut spesifikasi JKR untuk jangka masa panjang .
    3. Merekabentuk semula geometri jalan yang sesuai bagi kenderaan kerana bentuk muka bumi sedia ada berbukit .
    4. Menaiktaraf keupayaan jalan seiring dengan kemajuan pembangunan semasa .
    5. Mengurangkan kadar kemalangan di jalan

     

     

     

    Kos Projek                :           RM 20,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.