Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
193) PROGRAM CEGAH DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Perbandingan statistik kes sejak 2014 hingga Feb 2016? nyatakan.
Pada tahun 2014, sebanyak 54,289 kes denggi telah dicatatkan di negeri Selangor. Kes ini meningkat kepada 63,198 kes pada tahun 2016. Sehingga Februari 2016, Selangor mencatatkan kes sebanyak 12,776. Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah sejak tahun 2014 sehingga Februari
DAERAH
2014
2015
FEBRUARI 2016
Petaling
24,094
25,477
4,732
Hulu Langat
11,748
14,919
2,906
Klang
7,443
8,404
2,322
Gombak
7,266
7,915
1,345
Sepang
527
2,757
442
Hulu Selangor
1,301
1,204
273
Kuala Langat
861
1,294
452
Kuala Selangor
799
905
208
Sabak Bernam
250
323
96
JUMLAH
54,289
63,198
12,776
-
Apakah telah ada satu jawatankuasa bersama yg melibatkan EXCO lain?
Pada masa ini, EXCO Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah telah terlibat di dalam isu denggi bagi membantu menangani kes Denggi berdasarkan bidangkuasa Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan. Beberapa mesyuarat Denggi yang diadakan secara dwi mingguan juga telah melibatkan kerjasama daripada Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.
-
Bagaimanakah konsep penerangan dan didik rakyat disalur ke sekolah dan institusi semua agama?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited memberikan penerangan dan didikan pencegahan Denggi termasuk di sekolah dan institusi agama. Pihak PBT dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah menjalankan pelbagai inisiatif dan aktiviti bagi memastikan penerangan dan didikan berkaitan pencegahan Denggi ini disampaikan secara menyeluruh. Antara usaha-usaha tersebut adalah:
- Meningkatkan kesedaran awam mengenai pemeriksaan & pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes serta bahaya denggi terhadap kesihatan melalui taklimat termasuk di tadika, sekolah, IPT dan institusi agama.
- Menjalankan program ‘Terjah & Musnah Aedes’ yang menitikberatkan aktiviti pencegahan di kawasan yang berisiko di sekolah-sekolah, tadika, IPT, masjid, surau dan rumah-rumah
- Memberi taklimat dan kempen ke sekolah-sekolah dan melalui khutah Jumaat serta ceramah di masjid dan surau. Pada tahun 2016, kerjasama ini akan diteruskan bersama pihak JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memberikan penerangan dan kesedaran masyarakat di dalam khutbah Jumaat dan ceramah / tazkirah di masjid dan
- Mengedarkan risalah dan abate di setiap program
- Memperkenalkan silibus pendidikan kesihatan kepada murid tadika dan sekolah Negeri Selangor dan memasukkan isu-isu
Terdapat juga beberapa program Khas yang telah dijalankan oleh PBT bagi mendidik golongan ini terhadap isu Denggi. Sebagai contoh di MPK, telah menjalankan Program Cikgumu Cantik (Cikgu dan Murid Cari Jentik-jentik) di peringkat sekolah. Selain itu, pihak MPSp telah menjalankan program Dengue Action Kids (DAK) dan Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS).
Mesyuarat Membincangkan Isu Wabak Denggi di Negeri Selangor bil 4/2016 pada 15 Mac 2016 telah menetapkan bahawa pihak JKNS melalui Jabatan Promosi Kesihatan akan menjalankan promosi pendidikan kesihatan yang lebih agresif terutama kepada sekolah-sekolah dan masyarakat secara keseluruhannya. Pengisian program ini lebih tertumpu kepada isu-isu Denggi dan aspek-aspek penjagaan kesihatan.