Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

184) KELULUSAN HAKMILIK TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci jumlah hakmilik tanah yang diluluskan sejak 2008 mengikut pecahan daerah?

    Jumlah keseluruhan hakmilik tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri semenjak tahun 2008 hingga 2015 adalah sebanyak 5,803 hakmilik. Daripada jumlah tersebut, Daerah Gombak merupakan daerah tertinggi yang mengeluarkan hakmilik tanah, iaitu sebanyak 1,350 hakmilik, manakala Daerah Kuala Langat merupakan daerah terendah yang mengeluarkan hakmilik tanah, iaitu sebanyak 262 hakmilik. Butiran terperinci mengenai perkara tersebut adalah seperti berikut:

  2. Sila kemukakan statistik kelulusan hakmilik tanah di Kampung Baru dan Bagan sejak 2008?

     

    BIL.

     

    DAERAH

     

    2008

     

    2009

     

    2010

     

    2011

     

    2012

     

    2013

     

    2014

     

    2015

     

    JUMLAH

     

    1.

    Petaling 91 161 47 30 68 40 34 52 523
     

    2.

    Klang 132 49 26 31 47 57 39 66 447
     

    3.

    Gombak 332 174 479 43 121 56 77 68 1,350
     

    4.

    Hulu Langat 274 150 52 38 54 128 72 128 896
     

    5.

    Kuala Langat 31 25 21 30 79 32 21 23 262
     

    6.

    Kuala

    Selangor

    152 75 42 67 109 40 97 56 638
     

    7.

    Sepang 100 90 34 53 50 29 16 55 427
     

    8.

    Hulu

    Selangor

    155 68 86 61 84 62 64 84 664
     

    9.

    Sabak Bernam 104 73 58 34 56 51 158 62 596
     

    JUMLAH

     

    1,371

     

    865

     

    845

     

    387

     

    668

     

    495

     

    578

     

    594

     

    5,803

    Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)

  3. Apakah kekangan yang dihadapi dalam usaha menyelesaikan permohonan hakmilik tanah yang tertangguh? b) Berdasarkan rekod, jumlah kelulusan hakmilik tanah di Kampung Baru yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2008 hingga 2015 adalah sebanyak 685 hakmilik. Kelulusan tertinggi adalah di Daerah Gombak, iaitu sebanyak 417 hakmilik. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 371 hakmilik telah diluluskan kepada pemohon dari Kampung Baru Kundang pada tahun 2010. Statistik kelulusan hakmilik tanah yang dikeluarkan untuk Kampung Baru dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti berikut: Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) DAERAH 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 JUMLAH Sabak Bernam 11 4 5 2 2 1 1 4 30 Hulu Langat 6 4 10 12 5 3 - 5 45 Gombak - 1 399 6 1 - 2 8 417 Petaling - 110 1 7 12 5 7 1 143 Klang - - - - - - - - - Kuala Langat - - 15 11 - - - - 26 Sepang - - - 1 - - - - 1 Kuala Selangor 1 - 13 2 1 - - 15 32 Hulu Selangor - - - 1 - - - - 1 JUMLAH KESELURUHAN 18 119 443 42 21 9 10 33 695 Bagi kelulusan hakmilik tanah di Bagan, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 9 permohonan dari Daerah Sabak Bernam dan butirannya adalah seperti berikut: TAHUN JUMLAH KELULUSAN CATATAN 2008 – 2012 Tiada - 2013 2 a) Bagan Sungai Burong (1) b) Bagan Sungai Besar (1) 2014 4 a) Bagan Sungai Burong (1) b) Bagan Nakhoda Omar (3) 2015 3 a) Bagan Sungai Besar (1) b) Bagan Parit Baru (1) c) Bagan Sungai Lang(1) JUMLAH KESELURUHAN 9 Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)

    Antara kekangan yang dihadapi dalam usaha menyelesaikan permohonan hakmilik tanah yang tertangguh adalah seperti berikut:

     

    1. Permohonan bertindih di atas satu plot yang sama
    2. Permohonan meliputi kawasan rizab awam
    • Pemohon tanah tidak dapat dihubungi
    1. Permohonan tanah yang tidak dihubungi dengan jalan keluar masuk yang dirizabkan
    2. Terdapat struktur bangunan yang telah dibina tidak selaras dengan pelan permohonan yang dikemukakan

Lampiran

Tiada Lampiran.