Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
182) LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (TAIPING – BANTING)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jajaran atau laluan cadangan Projek Lebuh raya Persisiran Pantai Barat (Taiping - Banting) ini?
Negeri Perak dan Negeri Selangor. Di Selangor, lebuhraya ini bermula daripada Jalan Banting – KLIA (B18) dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang sebelum memasuki Negeri Perak. Di Perak pula bermula di Jalan Persekutuan (FR5) berdekatan dengan Jambatan Sungai Bernam di Hutan Melintang dan berakhir di sekitar Plaza Tol Changkat Jering Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bagi Negeri Selangor dibahagikan kepada 7 pakej seperti berikut:
- Pakej/Seksyen 1
Persimpangan Bertingkat Banting – Persimpangan Bertingkat South Klang Valley Expressway (SKVE)
- Pakej/Seksyen 2
Persimpangan Bertingkat South Klang Valley Expressway (SKVE) – Persimpangan Bertingkat Shah Alam Expressway (SAE)
- Pakej/Seksyen 3
Persimpangan Bertingkat Shah Alam Expressway (SAE) – Persimpangan Bertingkat NKVE / FHR 2
- Pakej/Seksyen 4
Persimpangan Bertingkat NKVE / FHR 2 – Persimpangan Bertingkat New North Klang Straits Bypass 1 (NNKSB 1)
- Pakej/Seksyen 5
Persimpangan Bertingkat New North Klang Straits Bypass 1 (NNKSB 1) – Persimpangan Bertingkat Kapar
- Pakej/Seksyen 6
Persimpangan Bertingkat Kapar – Persimpangan Bertingkat Assam Jawa
- Pakej/Seksyen 7
Persimpangan Bertingkat Assam Jawa – Persimpangan Bertingkat Tanjung Karang
-
Sudahkah pihak konsesi memohon Kebenaran Merancang dari Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat?
Bagi jajaran lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) ini, pihak konsesi tidak tertakluk kepada rundingan Seksyen 20 (A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan tidak menjadi kewajipan kepada pihak konsesi untuk memohon Kebenaran
-
Apakah bentuk pampasan yang akan ditawarkan kepada pemilik-pemilik tanah yang terjejas?