Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

178) JABATAN YANG MENERIMA PERTANYAAN JAWAB MULUT PALING BANYAK BAGI 2015

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan tiga jabatan yang paling banyak menerima pertanyaan jawab mulut sepanjang 2015.

    Tiga (3) buah jabatan yang paling banyak menerima pertanyaan mulut sepanjang 2015 adalah seperti berikut:

    1. Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri sebanyak 140
    2. Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri sebanyak 113 pertanyaan.
    3. Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri sebanyak 99
  2. Apakah tiga permasalahan paling utama yang dikemukakan di atas?

    Tiga (3) permasalahan utama adalah seperti berikut:

     

    • Isu-isu kesihatan dan isu-isu kerajaan tempatan seperti jalan berlubang, MARRIS, kilang haram dan lesen berniaga di bawah tanggungjawab Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi
    • Isu-isu kemiskinan, kebajikan dan pembangunan wanita di bawah tanggungjawab Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi
    • Isu-isu air seperti bekalan, pengurusan, penstrukturan syarikat dan sebagainya di bawah tanggungjawab Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi
  3. Mengapakah tiga permasalahan tersebut menjadi tumpuan pertanyaan bagi 2015?

    Pejabat Dewan Negeri tiada locus standi untuk menjawab pertanyaan

Lampiran

Tiada Lampiran.