Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
173) PEMBANGUNAN BERKONSEPKAN BUILD, OPERATE AND TRANSFER (B.O.T)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengamalkan konsep BOT dalam pembangunan projek dan apakah syarat-syarat untuk Projek BOT?
Kerajaan Negeri Selangor bersifat terbuka dalam menerima sebarang cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh pemaju yang berpotensi untuk menggerakkan ekonomi Negeri Selangor ke arah yang lebih mampan. Konsep penswastaan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan oleh pihak pemaju. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada pemaju yang tampil dengan cadangan yang menggunakan konsep BOT bagi pembangunan di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti sebarang cadangan menggunakan konsep ini jika ianya bersesuaian dengan keperluan rakyat di Negeri
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk membantu PBT yang memiliki tanah tetapi tiada dana untuk bangunkan kemudahan awam seperti dewan dan gerai untuk penjaja kecil?
Kerajaan Negeri Selangor amat komited dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh PBT dalam membangunkan kemudahan awam kepada rakyat. Dalam hal ini, PBT yang kurang berkemampuan akan disediakan dana untuk membangunkan kemudahan awam seperti dewan dan gerai untuk kegunaan penjaja kecil dan sebagainya bagi memastikan kemudahan tersebut tersedia untuk kegunaan rakyat yang memerlukan. Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan keutamaan kepada PBT yang memohon dan benar-benar memerlukan dana tersebut bagi tujuan pembangunan bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan Negeri juga bersedia untuk membantu PBT dengan menggunakan konsep perkongsian kos memandangkan PBT mempunyai dana sendiri untuk membangunkan kemudahan awam kepada