Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

169) PELANCONGAN DI SHAH ALAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan MBSA untuk menjadikan pusat tarikan pelancongan dalam dan luar negara?

    Dalam usaha menjadikan Shah Alam sebagai pusat tarikan pelancongan dalam dan luar negara pihak MBSA sedang dan akan memberikan tumpuan kepada beberapa aspek bagi memastikan kerancakan industri pelancongan di bandaraya ibu negeri Shah Alam. Di antaranya adalah melakukan beberapa perkara seperti menambahbaik produk dan kawasan yang telah sedia ada beroperasi. Pihak MBSA juga menjalankan kerjasama strategik dengan agensi pelancongan iaitu Tourism Selangor Sdn Bhd, Tourism Malaysia, MATTA Selangor dan lain-lain.

     

    Bagi memperkasakan jaringan maklumat, pihak MBSA juga terlibat aktif dalam Mesyuarat Perhubungan Pelancongan Negeri dan Mesyuarat Stanco Pelancongan Negeri.

     

    MBSA juga mengikuti beberapa siri promosi bersama Tourism Selangor dalam usaha mempromosikan Shah Alam di peringkat antarabangsa. Antara siri promosi yang pernah disertai oleh pihak MBSA ialah Arab Travel Mart, Dubai pada 2 -9 Mei 2015 dan Batam, Indonesia pada 15-17 November

    2015.

     

    Pihak MBSA juga telah menyertai Bengkel Pakej Pelancongan Selangor pada 9 Disember 2015 di mana terdapat cadangan penyediaan pakej-pakej pelancongan di Shah Alam.

     

    Pada tahun 2016, MBSA merancang untuk menerbitkan satu video pelancongan Shah Alam. MBSA juga akan mempergiatkan usaha-usaha

     

    mempromosikan Shah Alam melalui media cetak dan media sosial (Facebook, Instagram, Trip Advisor dan lain-lain).

    Satu aplikasi pelancongan berkenaan negeri Selangor juga telah dibuat oleh pihak Tourism Selangor di mana produk pelancongan di Shah Alam turut tersenarai.

     

  2. Berapakah peruntukan disediakan untuk aktiviti penarikan pelancongan ke Shah Alam?

    MBSA tiada bajet khusus untuk pelancongan namun menyediakan peruntukan melalui aktiviti dan

  3. Apakah rancangan MBSA untuk menambah destinasi pelancongan di MBSA?

    Selain daripada terus memberi perhatian kepada produk-produk sedia ada, MBSA juga akan mengenalpasti potensi produk-produk baru  seperti berikut:-

     

    1. Produk Pelancongan

     

    (i)           Menambah produk Seni Jalanan Laman Seni

     

    Beberapa potensi telah dikenalpasti sebagai produk pelancongan baru iaitu projek Laman Seni yang baru di Seksyen 7, Jalan Plumbum dan di kawasan Seksyen 9. Namun ia bergantung kepada penajaan dan kerjasama pihak luar kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar serta komitmen dari pemilik bangunan.

     

    (ii)         AEON Mall, Seksyen 13

     

    Pembukaan tempat membeli belah yang baharu iaitu AEON Mall yang terletak di Seksyen 13 akan menjadikan ia sebagai pemangkin kepada pelancong tempatan. Keunikan yang tersendiri  adalah seperti senibina bangunan AEON Mall itu sendiri dan mempunyai perpustakaan mini PPAS.

     

    (iii)        Taman Rakyat, Seksyen 13

     

    Merupakan rancangan terbaru yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di dalam Pembentangan Belanjawan 2016 Negeri Selangor yang memperuntukkan RM40 juta

     

    (iv)        MICE (Meetings Incentives Conferences Events)

     

    • IDCC, Seksyen 15 (telah beroperasi)
    • Dewan Bankuet MBSA, Seksyen 13

     

    (v)         Eco Tourism

     

    • Produk Zon Bersih Mini (Rumah Bertingkat, Taman Perumahan & Kampung Traditional)
    • Kampungku Kesayanganku (Kampung Bukit Naga)

     

    (vi)        Kota Fesyen

     

    • Penjenamaan semula di sekitar pusat komersial Sek 7 dan Alam Avenue Sek 16 sebagai kota fesyen Shah Alam dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang mencukupi bagi kemudahan peniaga dan pengunjung

     

    1. Program Pelancongan

     

    • Program-program Kota Seni
      1. Orkestra Tiga bandaraya Shah Alam-Surabaya-Hanam
      2. Program Borak-Borak- diskusi kreatif
      3. Program Warna – ensemble Seni
      4. Program Citra – pentas seni
      5. Buskers Corner di SACC Mall
      6. Pameran sepanjang tahun di Galeri Shah alam

     

    • Sports Tourism
      1. Shah Alam Enduride 120 km
      2. Shah Alam Half Marathon 21km
      3. Bola Tampar Antarabangsa Piala Datuk Bandar

Lampiran

Tiada Lampiran.