Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

165) SKIM PEMILIKAN RUMAH KEDIAMAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan KNS untuk memutihkan tanah-tanah pertanian yang salah guna sebagai rumah kediaman?

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) sedang melaksanakan kajian pemutihan tanah-tanah pertanian yang disalah guna sebagai kediaman. Kajian tersebut dijangka selesai pada bulan Disember 2016. Hasil daripada kajian tersebut, PTGS akan merangka satu program pemutihan bagi menawarkan kemudahan kepada pemilik-pemilik tanah untuk menukar status guna tanah selaras dengan aktiviti yang sedang

  2. Berapakah tindakan pemutihan yang telah di ambil di bawah Skim Pemilikan Rumah Kediaman?

    Setakat ini tiada rekod tindakan pemutihan pelanggaran syarat pertanian di bawah Skim Pemilikan Rumah Kediaman kerana skim tersebut adalah bagi tujuan permohonan pemberimilikan tanah dan melanjutkan tempoh pajakan tanah.

  3. Sila jelaskan usaha-usaha yang diambil?

    Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam Bilangan 1/2015 bertarikh 19 Januari 2015 telah mengarahkan Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memaklumkan kepada pemilik tanah yang telah melanggar syarat supaya mengemukakan permohonan tukar syarat tanah. Tindakan berhemah ini diambil supaya masyarakat diberi ruang dan peluang yang cukup dari segi tempoh masa dan pengetahuan untuk memahami proses tukar syarat tanah. Usaha ini juga akan diteruskan sehingga Kerajaan Negeri melaksanakan dasar pemutihan tanah

Lampiran

Tiada Lampiran.