Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

150) SKIM RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek rumah mampu milik yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016?

    Secara dasarnya, pada tahun 2016 terdapat beberapa projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui anak syarikat iaitu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang masih didalam peringkat perancangan. Namun demikian, sehingga kini terdapat beberapa projek yang sedang dalam proses pembinaan dan perancangan oleh pihak Kerajaan Negeri dan pihak pemaju swasta. Perincian adalah seperti berikut :-

     

    Projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

     

    Bil. PBT Pemaju / Pemaju

    Usahasama

    Projek Bil. Unit
     

     

     

     

    1.

     

     

     

     

    MBSA

     

     

     

    LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)

     

     

     

    Temasya Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam.

     

    210 (JENIS B)

     

    210 (JENIS C)

     

    280 (JENIS D)

     

    2.

     

    MPS

     

    PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI

    Di Atas PT11466 Dan PT11415       Kg.       Sri

    Temenggung,    Mukim

     

    418

     

        SELANGOR (PKNS) Batu Daerah Gombak.  
     

     

    3.

      Di Seksyen 9, Kota Puteri, Bandar Batu Arang,                Daerah Gombak. 140

    (FASA 1)

     

    210

    (FASA 2)

          Hakmilik HSD 3781 PT  
          1957        Di        Taman  
    4. MDHS   Keruing   Rasa, Mukim

    Batang    Kali,    Daerah

    66
          Hulu Selangor.  
            116
            (JENIS B)
          Di    Atas    Sebahagian  
        PERMODALAN Lot      13574,      Mukim 104
    5. MDSB NEGERI SELANGOR Panchang        Bedena, (JENIS C)
        BERHAD (PNSB) Daerah                 Sabak  
          Bernam. 40
            (JENIS D)
     

     

    6.

     

     

    MBSA

    WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

    (Anak Syarikat PKNS)

    Hakmilik HSM 10270 PT 34421 dan HSM 10274   PT   34425   di

    Mukim   Sungai Buloh,

    Daerah Petaling.

     

    240 (JENIS C)

    JUMLAH 2,062

     

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada syarikat yang gagal membina rumah mampu milik sebagaimana yang diarahkan dan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi menggalakkan pembinaan rumah mampu milik (Rumah Selangorku) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Rumah Selangorku berfungsi untuk :-

    Melaporkan status pembangunan Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) daripada tahun 2010 sehingga kini khususnya yang masih belum mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang di

    Mengenalpasti isu – isu berbangkit yang mengakibatkan pemaju masih gagal mengemukakan pelan Kebenaran

    Menyelaras dan memudahcara proses-proses kelulusan Rumah Selangorku di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi.

    Kerajaan Negeri juga telah menyediakan beberapa kaedah kelonggaran syarat dan sebagainya, namun sekiranya pihak pemaju masih gagal untuk membina Rumah Selangorku, pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengesyorkan arahan pembekuan atau ‘Stop Work Order’ bagi pembangunan berkaitan dengan pemaju berkaitan di dalam Negeri Selangor. Mekanisme tersebut akan dilakukan ‘By Case Basis’ yang akan diangkat untuk persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk syor tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.