Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
148) SAMPAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di Selangor terdapat ramai pendatang yang tinggal di kawasan PBT, adakah mereka merupakan salah satu penyumbang kepada masalah sampah?
Projek-projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA di Selangor bagi tahun 2015 yang melibatkan pelabur-pelabur dari negara – negara TPP adalah seperti berikut :
Negara Projek Peluang Pekerjaan Modal Pelaburan (RM) Australia 2 19 399,550 Canada 1 30 330,328 Japan 23 1,959 1,266,833,011 Singapore 12 1,130 254,961,209 United States 4 73 17,277,700 New Zealand ** ** ** Brunei ** ** ** Jumlah*** 42 3,211 1,539,801,798 * Sumber : MIDA *** : Kecuali New Zealand dan Brunei
** Tiada Maklumat Lengkap
Nota : Nama syarikat yang membuat pelaburan adalah sulit. Sebarang makluman kepada pihak umum perlu mendapat kebenaran daripada pihak syarikat terlebih dahulu bagi mengelakkan maklumat – maklumat tersebut disalahgunakan.
- Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan selama dua (2) hari di Dewan Rakyat. Keputusan tersebut telah menyaksikan perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 4 Februari 2016 oleh 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan
- Sememangnya diketahui umum kebanjiran warga asing di Negeri Selangor telah menyumbang kepada masalah kebersihan dalam isu pembuangan sampah terutamanya di kawasan kediaman mereka yang berhampiran dengan kawasan perindustrian/kilang contohnya seperti di Seksyen 25, Shah Alam; Kapar, Klang dan lain-lain kawasan yang mempunyai kawasan industri/kilang. Antara contoh sikap warga asing yang menjadi penyumbang kepada masalah sampah ini adalah seperti berikut:-
- Pembuangan sampah secara haram dan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis;
- Membuang sampah terus dari tingkap rumah yang disewa terutamanya rumah flat / kediaman bertingkat;
- Tidak menyediakan tong sampah di hadapan kediaman yang disewa dan membuang sampah sesuka hati sehingga menyebabkan aduan kacauganggu dari warga tempatan; dan
- Tidak menjaga kebersihan
-
Apakah langkah yang diambil bagi mendidik mereka ini?
Bagi mendidik warga asing dalam menjaga kebersihan, PBT telah menggunakan pendekatan-pendekatan berikut:-
- Mengedarkan pekeliling berkaitan kebersihan kepada kilang-kilang bagi memastikan maklumat berkaitan peraturan kebersihan yang ditetapkan oleh pihak PBT dipatuhi;
- Menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas premis-premis yang didiami oleh warga asing dan mengeluarkan surat makluman tindakan penguatkuasaan kepada majikan mereka;
- Mewujudkan risalah pelbagai Bahasa bagi memudahkan maklumat disampaikan kepada warga asing tersebut; dan
- Menyediakan risalah / papan tanda amaran dalam bentuk ‘minimalist’ supaya mesej berkaitan kebersihan yang ingin disampaikan difahami oleh warga asing