Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
146) RUMAH MAMPU MILIK DI DUN BUKIT MELAWATI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah dan lokasi rumah mampu milik di DUN Bukit Melawati?
Untuk makluman Yang Berhormat, masih tiada Rumah Mampu Milik/ Rumah Selangorku yang dibina dan siap di DUN Bukit Melawati. Namun terdapat pemajuan di kawasan sekitarnya seperti di Jadual
Jadual 1 : Perincian Projek Pembangunan Rumah Selangorku di sekitar DUN Bukit Melawati
Bil.
Pemaju
Lokasi
Rumah Selangorku Luas (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM)
1. Kumpulan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (Dalam
Penggulungan)
PT620 dan PT621, Bandar Kuala Selangor
Jenis D (Teres) 1,000 91 250,000 2. Goldpage Assets Sdn. Bhd.
Lot14, 15, 27, 32, 619, 620,
655, 618, 469
dan PT1, Pekan Pasir Penambang
Jenis C dan Jenis D 800 – 1,000
272 150,000 – 220,000
3. Soon Sin Hin Development Sdn. Bhd. Lot1591 dan PT2053, Mukim Hujung
Permatang
Jenis C 800- 900
34 150,000 – 180,000
Bil.
Pemaju
Lokasi
Rumah Selangorku Luas (kp) Bil. Unit Harga Jualan (RM)
4. Serambi Padu Sdn. Bhd. Mukim Hujung Permatang Jenis A dan C 700 – 900
499 42,000 – 200,000
5. 1st Mals Development Sdn. Bhd. Lot 8592 Mukim Hujung Permatang
Jenis A, C dan D 700 – 1,000
140 42,000 – 250,000
JUMLAH 1,036 -
Senaraikan secara terperinci jumlah dan lokasi rumah mampu milik yang sedang dan bakal dibina di Dun Bukit Melawati.
Untuk makluman Yang Berhormat, masih tiada perancangan di dalam menyediakan Rumah Mampu Milik/ Rumah Selangorku di DUN Bukit Melawati bagi tanah hakmilik, pemilik tanah/ pemaju swasta masih belum mengemukakan sebarang permohonan bagi pembangunan
Walau bagaimana pun, sekiranya pihak Yang Berhormat dapat mengenalpasti tanah-tanah kerajaan yang berpotensi untuk pembangunan Rumah Selangorku di kawasan DUN Bukit Melawati, pihak Yang Berhormat boleh memajukan cadangan tersebut kepada Kerajaan Negeri untuk diteliti bagi penyediaan Rumah Selangorku tersebut di kawasan berkenaan.