Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
145) GUNA TENAGA WANITA DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kadar guna tenaga wanita di Selangor mengikut pecahan sektor?
Wanita berkerjaya merupakan penyumbang besar pertumbuhan ekonomi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Justeru itu Kerajaan Negeri mengambil serius hal ehwal berkaitan guna tenaga wanita di Selangor. Menurut statistik penduduk bekerja diperoleh daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) adalah merujuk kepada mereka yang berumur 15 sehingga 64 tahun sama ada bekerja atau menganggur.
Berdasarkan maklumat tersebut, Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) perempuan / wanita bagi Malaysia dan Negeri Selangor bagi tahun 2013 dan 2014 (tahun kajian dijalankan) adalah seperti berikut:-
Malaysia Selangor Tahun Lelaki (%) Wanita (%) Lelaki (%) Wanita (%) 2013 47.6 52.4 41 59 2014 46.4 53.6 39.7 60.3 ***sumber : Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia
Manakala kadar guna tenaga wanita di Selangor mengikut pecahan sektor / industri adalah seperti berikut :-
(‘000)
Industri
Malaysia Selangor 2013 2014 2013 2014 Jumlah 4,972.5 5,182.0 1,132.3 1,174.3 Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
413.0 439.8 11.5 8.4 Perlombongan dan Pengkuarian 17.4 17.6 11.2 10.3 Pembuatan 832.3 856.5 187.0 203.4 Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara
12.4 12.5 5.3 5.7 Bekalan air; pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan
14.9
12.9
4.6
3.6
Pembinaan 109.4 106.1 43.0 35.6 (‘000)
Industri
Malaysia Selangor 2013 2014 2013 2014 Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal
865.4
889.6
169.2
174.2
Pengangkutan dan penyimpanan 81.6 86.8 35.2 35.7 Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
524.2
557.5
78.7
99.1
Maklumat dan komunikasi 73.7 76.8 41.9 44.3 Aktiviti kewangan dan insurans/takaful 170.9
182.3
60.6
69.4
Aktiviti hartanah 30.0 32.4 13.8 11.5 Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 149.3 165.8 57.8 65.4 Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 191.0 217.3 54.9 67.7 -
Apakah kadar penglibatan wanita dalam sektor formal dan informal?
Ahli sidang yang dihormati, penglibatan wanita dalam peningkatan ekonomi negara khususnya negeri adalah lebih teserlah. Wanita giat aktif dalam menceburkan diri dalam peningkatan ekonomi diri dan keluarga. Bukan sahaja dalam sektor formal, malah seiring jua dalam sektor informal. Berikut adalah bilangan guna tenaga informal dalam sektor informal mengikut jantina, Malaysia dan Selangor :-
Jantina
Bilangan (‘000) Malaysia Selangor Jumlah 1,284.2 194.9 Lelaki 643.4 86.0 Perempuan 640.9 108.9 *** Sumber: Penyiasatan Sektor Informal, Jabatan Perangkaan Malaysia
-
Apakah udang-undang dan mekanisme yang diwujudkan oleh Kerajaan Ngeri Selangor bagi membanteras gangguan seksual di tempat kerja?
Kerajaan Negeri komited dalam membenteras gangguan seksual di tempat kerja. Justeru itu, melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, mekanisma yang sering diaplikasikan adalah melalui program- program dan kempen-kempen berkaitan wanita, hak dan perundangan. Malah mekanisma ini sering menjadi agenda utama dalam sasaran kerja tahunannya. Antara program yang dirancang akan diadakan pada tahun 2016 adalah Seminar Hak Wanita dan Bengkel undang-undang Keluarga
Bagi kakitangan awam, perundangan sedia ada di dalam Perintah Am Bab D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 – P.U(A)395 di bawah Peraturan 4A (gangguan seksual) adalah perundangan yang menjadi rujukan. Sekiranya seseorang Pegawai Awam didapati telah melakukan gangguan seksual, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai Awam.