Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
138) PENDAPATAN HASIL PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pendapatan hasil dari pelancongan pada tahun 2015?
Tahun 2015 yang lalu telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Selangor 2015. Pelbagai aktiviti-aktiviti pelancongan telah dijalankan untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Negari Selangor. Hasil daripada Kempen Tahun Melawat Selangor 2015, jumlah pendapatan pelancongan dan jumlah kedatangan pelancong menunjukkan peningkatan sebanyak 51% berbanding tahun 2014. Jumlah kedatangan pelancong bagi tahun 2014 dan tahun 2015 adalah seperti berikut;
PELANCONG/ TAHUN
2014
2015
PERATUS KENAIKAN
DOMESTIK 3,600,098 3,728,550 3.56% ANTARABANGSA 2,472,739 3,286,363 32.90% JUMLAH 6,072,837 7,014,913 15.51% Jadual 1: Jumlah Kedatangan Pelancong ke Negeri Selangor 2014 & 2015
Sejajar dengan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor pada tahun 2015, jumlah hasil resit atau pendapatan pelancongan juga meningkat sebanyak RM660,772,106.40. Berikut adalah jumlah hasil resit atau pendapatan pelancongan bagi tahun 2014 dan 2015.
TAHUN 2014 2015 HASIL PENDAPATAN PELANCONGAN (RM)
4,259,487,871.80 4,920,259,978.20 JUMLAH KENAIKAN 15.51% Kenaikan Jadual 2: Jumlah Resit Pelancongan (Pendapatan) ke Negeri Selangor 2014 & 2015
-
Apakah daya tarikan utama pelancong ke Selangor dan menjadi penyumbang utama pendapatan hasil pelancongan?
Daya tarikan utama pelancong ke Selangor yang menjadi penyumbang utama pendapatan hasil pelancongan adalah seperti berikut;
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor giat mempromosikan produk-produk pelancongan yang tedapat di Negeri Selangor di dalam dan luar negara untuk menggalakkan kemasukan pelancong ke
- Selain itu juga, Negeri Selangor merupakan pintu masuk ke Malaysia, faktor ini memudahkan dan menyenangkan pelancong untuk datang melawat ke Negeri
- Terdapat banyak tempat pelancongan yang terkenal dan menjadi tarikan pelancong-pelancong dalam dan luar negara seperti Kelip-kelip Kampung Kuantan, Sunway Lagoon, Batu Caves, Zoo Negara, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, FRIM dan
- Selain daripada produk pelancongan sedia ada, produk pelancongan yang terbaharu juga membantu merancakkan industri pelancongan dan seterusnya meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Antara produk-produk pelancongan baharu tersebut adalah seperti Nickelodean Lost Lagoon, Jump Street, District 21, One City Mall dan banyak
- Pada masa yang sama juga acara-acara yang telah dijalankan di Negeri Selangor seperti Formula One, Kejohanan Golf, Malaysia Women Marathon, Bon Odori Festival, Selangor Open Championship Jet Ski Competition, Moto GP, Raja Muda Selangor International Regatta juga menjadi penyumbang pendapatan hasil pelancongan. Acara pelancongan yang dijalankan di negeri Selangor kebanyakannya berkelas
- Kepelbagaian segmen-segmen pelancongan seperti pelancongan eko, pelancongan kesihatan, warisan dan kebudayaan, pendidikan, pelancongan sukan dan MICE dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelancong daripada seluruh negara untuk datang ke Negeri Selangor.
- Pelancongan MICE (Meetings, Incentives Conventions and Exibitions) juga memberikan impak yang besar dalam pendapatan melalui industri Pelancongan. Negeri Selangor mempunyai lebih 30 kemudahan MICE yang mampu menganjurkan pelbagai acara seperti ekspo, pameran, persidangan dan juga perniagaan yang berkelas
- Sambutan Perayaan dan Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri Selangor yang cukup meriah yang berlangsung di negeri Selangor dan juga dianjurkan oleh Kerjaan Negeri Selangor seperti Sambutan Thaipussam, Sambutan Tahun Baru Cina, Sambutan perayaan Deepavali, Sambutan Hari Natal dan Sambutan Hari Raya
- Di Negeri Selangor juga terdapat banyak pusat membeli-belah yang dapat menarik kunjungan pelancong untuk membeli belah di Selangor. Pusat membeli-belah yang popular antaranya ialah Sunway Pyramid, One Utama, Ikea Damansara, Empire Gallery Subang, GM Klang, SACC Mall, The Curve, Mitsui
Dengan kepelbagaian daya tarikan dan produk-produk pelancongan ini, ianya sangat membantu di dalam meningkatkan hasil pendapatan sektor pelancongan di negeri Selangor.