Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
132) PENAGIHAN DADAH BELIA DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan penagih dadah di kalangan anak muda Selangor mengikut daerah?
Bilangan Penagih Dadah Di Kalangan Anak Muda Selangor Mengikut Daerah ( Umur 13 – 40 Tahun ) :
BIL
DAERAH
JUMLAH OKP
1 PETALING 992 2 KLANG 398 3 GOMBAK 412 4 AMPANG 593 5 SEPANG 148 6 KUALA LANGAT 106 7 HULU LANGAT 605 8 KUALA SELANGOR 167 9 HULU SELANGOR 161 10 SABAK BERNAM 254 JUMLAH KESELURUHAN
3836
-
Apakah bentuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dalam program anti-dadah?
AADK Selangor sebagai agensi di bawah Kerajaan Persekutuan sentiasa bersikap terbuka dalam melaksanakan program-program antidadah. Di dalam perkara ini, AADK bekerjasama dalam melaksanakan program bersama pihak berwajib tempatan seperti Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak berkuasa Tempatan (PBT) secara langsung dan tidak
- Bagi program komuniti, AADK mendapat sokongan daripada pihak Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak berkuasa Tempatan seperti sokongan logistik dan sumber manusia. Contoh; program My Beautiful Malaysia (MBM) yang berkonsepkan gotong royong di antara AADK dan masyarakat setempat terutamanya sukaralewan belia, AADK turut bekerjasama dengan PBT bagi membersihkan kawasan setempat yang dianggap berisiko dan menjadi tumpuan dengan aktiviti penyalahgunaan
- Program Tempat Kerja Bebas Dadah dibuat dengan jabatan dan agensi kerajaan Peringkat Negeri serta Daerah yang melibatkan pelbagai program termasuk ujian saringan air
-
Adakah peruntukan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan kerjasama ini?
c) Bagi tahun 2015 dan 2016, AADK Selangor tidak menerima bantuan kewangan atau peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi mengadakan program-program berkaitan