Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

131) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan polisi Kerajaan untuk pengasingan sisa pepejal?

    Pada masa ini, pihak Kerajaan Negeri sedang merangkakan satu dasar dan pelan tindakan lima (5) tahun Pengasingan Sisa Pepejal yang mampu mengurangkan kadar kebergantungan kepada tapak pelupusan yang memerlukan kos rehabilitasi yang

     

    Untuk menuju ke arah itu, pihak Kerajaan Negeri akan terus mempergiatkan kempen-kempen mahu pun program-program seperti program kitar semula yang berunsurkan pendidikan dan kesedaran secara berperingkat dan berterusan demi melestarikan kehidupan rakyat untuk kesejahteraan hubungan dengan alam sekitar selari dengan misi Negeri Selangor.

     

    Di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) misalnya, telah pun dilancarkan ‘Projek Rintis Program Pengasingan Sampah dari Rumah’ pada 1 Oktober 2015 yang lalu. MBSA juga telah melancarkan Pusat Pengkomposan Sisa Makan Pasar Moden Seksyen 6. Di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula, telah dilancarkan ‘Program Pengasingan Sisa Makanan’ yang memberikan insentif berbentuk wang kepada yang mengambil bahagian. Kerajaan Negeri juga telah melantik perunding bagi melaksanakan kajian pengasingan sisa isi rumah melalui Projek Perintis Kitar Semula bermula pada 28 September 2015 sehingga 31 Disember 2015 di empat (4) PBT berstatus Bandaraya, Perbandaran dan Daerah iaitu MBPJ, MPKj, MPAJ dan MDHS bagi melihat trend masyarakat dalam pengasingan sisa isi rumah secara real time.

     

    Hasil daripada kajian tersebut, beberapa fokus utama yang dibangkitkan yang perlu dinilai oleh Kerajaan Negeri adalah:

    • Tahap kesedaran dan kesanggupan rakyat negeri;
    • Kesesuaian dan kecukupan infrastruktur untuk menjalankan pengasingan sisa pepejal; dan
    • Penglibatan daripada stakeholders yang terlibat iaitu Kerajaan Negeri, PBT, kontraktor dan masyarakat

    Kesemua persoalan ini perlu dinilai dahulu dan kempen-kempen dan program- program yang berunsurkan kesedaran dan pendidikan perlu diteruskan.

  2. Apakah sasaran pengurangan jumlah sisa pepejal yang ingin dicapai untuk setiap PBT dan Selangor secara keseluruhannya bagi tempoh 2016-2026?

    1. Berpandukan kepada data yang dikumpulkan oleh UPEN, jumlah penghasilan sisa pepejal dan unjuran bagi tahun 2016 di Negeri Selangor adalah seperti berikut :

     

     

    Tahun 2013 2014 2015 2016
    Penjanaan Sisa Pepejal

    (tan/tahun)

    1,706,634.30 1,847,499.27 1,921,979.89 2,063,890.29

     

    Aktiviti kitar semula merupakan salah satu kaedah yang berkesan yang boleh memberikan impak yang besar dalam mengurangkan jumlah sisa pepejal. Dengan mempergiatkan program kitar semula dan pengawalseliaan ke atas tapak-tapak pelupusan, jumlah sisa pepejal yang dijana dan yang dihantar ke tapak pelupusan akan berkurangan.

     

    Pada masa kini, adalah dianggarkan bahawa kadar kitar semula di Negeri Selangor adalah sebanyak 10%. Berdasarkan kepada kajian, cadangan kadar kitar semula pada lima (5) tahun yang akan datang adalah disasarkan sebanyak 20% dan seterusnya menjelang 2026, cadangan kadar kitar semula yang disasarkan adalah sebanyak 40%.

     

  3. Apakah cabaran yang dihadapi dalam Kempen Pengasingan Sisa Pepejal dan cara atasinya?

    Antara cabaran yang dikenal pasti semasa melaksanakan Projek Perintis Kitar Semula pada tahun 2015 adalah seperti berikut:-

     

    • Hari kutipan – Penduduk meletakkan sampah selepas hari kutipan yang ditetapkan. Cadangan untuk mengatasi mengatasi perkara ini PBT/Pengusaha perlu berkomunikasi lebih kerap dengan penduduk dan memberi maklumat kutipan dengan lebih jelas dan konsisten. Contohnya PBT turun padang bersama-sama pengusaha dan penduduk melalui program-program pendidikan dan kesedaran

     

    • Masa kutipan – Waktu operasi pengusaha kedai yang berbeza-beza menyukarkan kutipan berbanding kawasan perumahan. PBT/Pengusaha perlu meneliti dan memilih masa yang paling sesuai waktu kutipan, contohnya pada waktu tengahari dan perkhidmatan kutipan perlulah

     

    • Jarak lokasi tempat bahan kitar semula jauh dari premis/rumah – Penduduk tidak berminat ke lokasi tempat sampah kitar semula yang berada jauh dari kawasan. PBT/Pengusaha perlu meneliti cara kutipan dan mengambil pendekatan untuk mengutip sampah di tempat yang menyenangkan penduduk, contohnya di kawasan perumahan atau meneliti lokasi serta kapasiti tempat bahan kitar semula yang paling sesuai bagi kawasan rumah bertingkat;

     

    • Sampah bercampur – Sampah kitar semula bercampur dengan sampah sisa domestik menyebabkan kutipan sampah kitar semula dikutip oleh kutipan sampah domestik. PBT perlu lebih kerap memberi maklumat jadual kutipan dan menjelaskan pengasingan

     

    • Saingan pengutip sampah kitar semula – Beg atau plastik bekas kitar semula akan dikutip oleh pengutip sampah lain berikutan ia telah menjadi punca hasil pencarian mereka sebelum ini. PBT boleh menjemput penglibatan mereka dalam pengurusan sisa kitar semula dan berdaftar dengan PBT dan memantau aktiviti

     

    • Saiz/kapasiti kenderaan pengutip sampah – Kenderaan yang digunakan tidak sesuai dengan lebar jalan di kawasan-kawasan perumahan menyebabkan kerja kutipan tergendala. Pengusaha perlu menggunakan kenderaan yang paling sesuai, contohnya lori kecil atau trisikal.

     

    • Lokasi/premis pengusaha sampah kitar semula – tidak sesuai berada di kawasan komersial dan lokasi yang boleh menjejaskan alam sekitar. PBT/Pengusaha perlu memilih lokasi/zon kawasan yang paling sesuai dan disokong oleh Jabatan Alam

Lampiran

Tiada Lampiran.