Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

119) IBU TUNGGAL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah ibu tunggal di Selangor mengikut kaum?

    Kerajaan Negeri prihatin terhadap golongan wanita yang berstatus ibu tunggal. Sehingga kini, seramai 16,373 orang ibu tunggal telah berdaftar melalui Sistem e-Bu yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Daripada jumlah tersebut seramai 10,901 orang ibu tunggal adalah berbangsa Melayu diikuti seramai 2,969 orang berbangsa Cina, 1,349 orang berbangsa India manakala baki seramai 1,154 orang terdiri daripada lain-lain

  2. Apakah program dan pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri kepada ibu tunggal di Selangor?

    Kerajaan Negeri amat komited dan mengambil berat akan golongan ibu tunggal khususnya ibu tunggal di Negeri Selangor. Sememangnya golongan ibu tunggal merupakan antara kumpulan sasaran dalam pembentukan dasar – dasar Kerajaan Negeri selain golongan berpendapatan rendah, golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas serta kanak – kanak yang memerlukan santunan dan perhatian khusus bagi keperluan masing –

     

    Program-program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terutama di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor adalah meliputi semua golongan wanita termasuk golongan ibu tunggal. Golongan ibu tunggal ini juga boleh menerima pelbagai manfaat di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri sekiranya berkelayakan. Antara skim atau program yang boleh dimanfaat oleh golongan ibu tunggal yang layak adalah seperti berikut :

     

    1. Skim Kesihatan    Wanita    –    Pemeriksaan    Saringan   Mammogram Percuma;
    2. Tabung Warisan Anak Selangor – tabung simpanan untuk anak–anak kelahiran Selangor sebanyak RM1,500 apabila mencapai umur 18 tahun;
    3. SiKembar – bantuan yuran taska atau nurseri sebanyak RM100 setiap bulan;

     

    1. Hadiah Anak Masuk Universiti – hadiah sebanyak RM1,000 untuk anak-anak melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS yang diiktraf Kerajaan bagi pengajian diploma atau ijazah sarjana muda;
    2. Skim Hijrah – modal bantuan berniaga sehingga RM50,000;
    3. TUNAS – bantuan yuran tadika sebanyak RM50 setiap bulan; dan
    4. Bantuan Kesihatan Sihat Selangor – bantuan kos rawatan bagi pesakit buah pinggang sehingga RM5,000.00, bantuan kaki palsu, pembedahan katarak serta rawatan – rawatan lain atau pembelian alat

     

    Kesemua skim – skim yang ditawarkan ini meliputi pelbagai aspek bukan sahaja bagi mengurangkan beban kewangan tetapi juga sebagai salah satu jaringan sistem sokongan kepada para ibu tunggal yang terpaksa menyara hidup anak – anak sendirian.

Lampiran

Tiada Lampiran.