Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
112) KILANG HARAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat pemutihan kilang-kilang haram di Selangor?
Berdasarkan Pekeliling PTGS Bilangan 6/ 2006, definisi kilang tanpa kebenaran di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
- Kilang yang dibina di atas tanah Kerajaan tanpa izin
- Kilang yang dibina di atas tanah milik yang kategori pertanian (syarat tanah belum diubah)
- Kilang yang beroperasi di premis bangunan kediaman atau bangunan kediaman
- Kilang yang beroperasi tiada lesen perdagangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Walau bagaimanapun, mesyuarat MMKN 26/2007 pada 12 September 2007 telah meluluskan agar Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dikecualikan ke atas backyard industry/ cottage industry (kilang di atas kawasan perumahan dan komersial).
-
Berapa kali telah dilanjutkan tempoh pemutihan dan mengapa?
Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran telah enam kali dilanjutkan:
- Pertama kali dilanjutkan, sehingga 30 Jun 2010;
- Kali kedua dilanjutkan, sehingga 31 Jun 2011;
- Kali ketiga dilanjutkan, sehingga 31 Disember 2012;
- Kali keempat dilanjutkan, sehingga 31 Jun 2013;
- Kali kelima dilanjutkan, sehingga 31 Disember 2014; dan
- Kali keenam dilanjutkan ,sehingga 31 Disember
Tujuan pelanjutan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran adalah untuk memberi peluang dan tempoh yang berpatutan kepada pengusaha kilang dan pemilik tanah untuk mengikuti dan mendapat insentif program tersebut.
-
Nyatakan bilangan dan status (sah/haram) kilang-kilang di Balakong Jaya dan sekitar serta senaraikan kilang-kilang tersebut. Apakah tindakan terhadap kilang tersebut?
- Terdapat 59 lot kilang tanpa kebenaran yang terletak di Balakong Jaya, Daerah Hulu Langat. Daripada jumlah tersebut, 19 lot kilang sahaja yang telah diluluskan tukar kategori syarat tanah daripada pertanian kepada industri seperti berikut:
BIL
NAMA PERMOHONAN
NO LOT
TARIKH LULUS
1
WOOD FATT ENGINEERING
HSM 9764 PT 1772 MUKIM KAJANG
L: 2.094EKAR
14.4.2008
2
VARIA ASLI SDN BHD
GM 798 LOT 5214 MUKIM KAJANG
L: 0.42HEKTAR
20.11.2013
3
YAM KIM MIN & YAM WAH
GM 693 LOT 5193
MUKIM KAJANG L: 1.8337HEKTAR
19.12.2008
4
LAM WAN & LIM KEW
GM 1018 LOT 5194
MUKIM KAJANG L: 1.3152 HEKTAR
14.12.2010
5
SING TUAN LIAN & SONS REALTY SDN. BHD.
GM 737 LOT 5202 MUKIM KAJANG L: 10749.4453MP
12.12.2007
6
WONG FATT & SONS SDN BHD
GM 1004 LOT 5196 MUKIM KAJANG L: 1.2014HEKTAR
26.9.2011
7
CHEONG KIM LEONG
GM 626 LOT 5183
MUKIM KAJANG L:1.2014HEKTAR
24.3.2010
BIL
NAMA PERMOHONAN
NO LOT
TARIKH LULUS
8
EIGHTY NINE MACHINERY TRADING SDN BHD
GM 691 LOT 5182 MUKIM KAJANG
L: 12014.0859MP
24.3.2010
9
FORMATIVE VIEW SDN BHD
EMR 7627 LOT 5703 MUKIM KAJANG
18.8.2002
10
HONG AI KOK & LEW CHIN
GM 593 LOT 5697 MUKIM KAJANG L: 2 EKAR
31.12.2007
11
TAN CHIN CHUAN DAN TETRA
TAN SDN BHD
GM 1156 LOT 3409 MUKIM KAJANG L: 1.1255HEKTAR
8.11.2012
12
LIEW KONG
GRN 186384 LOT 46020 MUKIM KAJANG
L: 4053MP
26.3.2012
13
LAM YOKE CHAN & TEH KOK AUN
GRN 186381 LOT 46017 MUKIM KAJANG
L: 12143MP
15.12.2011
14
TAY LAY BENG
GRN 186382 LOT 46018 MUKIM KAJANG
L: 8096MP
12.5.2011
15
LAM YOKE YING
GRN 186386 LOT 46022 MUKIM KAJANG
L:4052MP
15.12.2011
16
CHAN SIEW LUAN
GRN 186387 LOT 46023 MUKIM KAJANG L:4053MP
18.4.2012
BIL
NAMA PERMOHONAN
NO LOT
TARIKH LULUS
17
TAN CHIN CHUAN DAN TETRA
TAN SDN BHD
GM 1093 LOT 3401
MUKIM KAJANG L:1.2646HEKTAR
17.7.2013
18
PIAU JOON TYRE SERVICE SDN BHD
EMR 4372 LOT 3720 MUKIM KAJANG L:3.031EKAR
19.9.2001
19
LIEW KONG
GRN 186385 LOT 46021 MUKIM KAJANG L:4052MP
26.3.2012
Sumber: Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat (PTDHL)