Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
109) PEMBANGUNAN SUKAN RAGBI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan ragbi di Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dan menyokong usaha Persatuan Ragbi Selangor untuk membangunkan sukan ragbi di Selangor. Pihak Majlis akan membantu dari aspek peruntukan kerana setiap sukan yang bergabung di bawah Majlis menyediakan peruntukan tahunan. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada pihak persatuan tentang kaedah – kaedah untuk membangunkan sukan ragbi ini. Antara usaha yang pernah dijalankan oleh pihak persatuan adalah seperti mengadakan klinik dan bengkel sukan ragbi di peringkat sekolah, penganjuran kejohanan, penyertaan kejohanan dan kursus
-
Senaraikan jumlah padang ragbi awam yang wujud di Selangor?
Majlis Sukan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang padang khas bagi sukan ragbi pada masa kini. Terdapat satu (1) padang ragbi awam iaitu di Padang Utara di bawah kendalian Majlis Bandaraya Petaling Jaya namun keadaannya tidak memuaskan dan tidak boleh digunakan untuk sebarang pertandingan. Pada masa kini, kesemua aktiviti sukan ragbi terpaksa menyewa di padang sekolah atau di padang universiti. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada penggunaan pihak