Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
95) PEMBERI MILIKAN TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah asas yang digunakan Kerajaan Negeri dalam pemberi milikan tanah sama ada individu atau syarikat?
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) hanya boleh menerima permohonan daripada individu atau syarikat yang mematuhi Seksyen 43, KTN dengan pemohon mengemukakan Borang Permohonan Jadual 1 kepada Pejabat Tanah dan Daerah. Permohonan tersebut akan diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Walau bagaimanapun, asas pertimbangan yang digunakan untuk menimbang permohonan individu bagi tujuan kediaman adalah seperti di Pekeliling PTGS Bilangan 6/2011 yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2011. Pemberimilikan hanya akan dipertimbangkan kepada pemohon yang telah mengusaha dan mendiami tapak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada tarikh 1 Januari 2008.
-
Apakah Kerajaan Negeri masih melaksanakan pemberi milikan tanah kurnia?
Merujuk kepada Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, tiada istilah tanah kurnia yang digunakan dalam proses pelupusan tanah. Namun, berdasarkan Seksyen 42(1)(a) KTN, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mempunyai kuasa untuk melupuskan tanah kerajaan melalui kaedah pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76