Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
94) BIASISWA MBI UNTUK CALON PHD
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah biasiswa MBI untuk calon PhD dalam penyelidikan bidang strategik dan kritikal akan ditawarkan, di mana biasiswa ini sepatutnya ditawarkan pada tahun 2015 dan telah pun diluluskan semasa perbahasan belanjawan 2015 pada tahun 2014?
Biasiswa MBI seperti yang dibangkitkan adalah sebuah program biasiswa baharu yang dikenali sebagai Program Khas Selangor Brain Bank. Ia merupakan program biasiswa yang pertama kali seumpamanya diwujudkan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi peluang kepada individu yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum bagi melanjutkan pengajian PhD dalam bidang strategik di universiti luar negara yang terkemuka.
Dalam melaksanakan program ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 Disember 2015 telah bersetuju agar peruntukan diluluskan sebanyak RM8.0 juta setahun di mana peruntukan awal yang diberikan adalah sebanyak RM5.0 juta untuk digunakan pada tahun 2016. Pada masa ini, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK Selangor selaku Urus Setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) dalam peringkat akhir bagi menggubal polisi dan mekanisme pelaksanaan Program Khas Selangor Brain Bank sebelum ia diangkat kepada Lembaga TKWBNS untuk persetujuan. Tawaran bagi pengambilan pertama dijangka akan dapat dibuat selewat- lewatnya pada akhir tahun 2016.