Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

91) KEDUDUKAN RIZAB PBT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kedudukan rizab kesemua PBT sejak 2009 secara perbandingan ?

    Secara keseluruhannya, rizab tunai di semua PBT telah meningkat melebihi 100% perbandingan dari tahun 2009 hingga tahun 2014 iaitu daripada RM(- 46.32) juta kepada RM1,439 juta. Bagi data rizab tunai PBT tahun 2015, data masih lagi di dalam semakan Jabatan Audit

     

    Butiran terperinci kesemua rizab tunai PBT Negeri Selangor dengan mengambil kira keserataraan tunai ditolak dengan liabiliti semasa sejak tahun 2009 hingga tahun 2014 adalah seperti di Lampiran A.

  2. Sila nyatakan secara terperinci apakah kesan perlaksanaan GST terhadap kedudukan rizab PBT ?

    Pelaksanaan GST bermula pada 1 April 2015 dan kesan yang tepat terhadap kedudukan rizab akan dapat dilihat setelah Penyata Kewangan Berakhir Pada 31 Disember 2015 diaudit dan disahkan oleh Jabatan Audit

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang dilakukan bagi memperkukuhkan kedudukan rizab PBT ?

    PBT di Negeri Selangor sentiasa berusaha memperbaiki kedudukan rizab masing-masing. Prestasi rizab PBT dalam tempoh lima tahun terkini telah menunjukkan peningkatan. Antara langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan oleh PBT- PBT untuk memastikan rizab setiap PBT terus stabil dan bertambah adalah seperti berikut:

    • Mempertingkatkan kutipan cukai taksiran dengan menguatkuasakan tindakan di bawah Seksyen 148 Akta 171 iaitu tindakan untuk menuntut

     

    • Mengadakan kempen bayaran cukai taksiran yang melibatkan kawasan perumahan dan kampung yang tertentu yang mempunyai tunggakan cukai taksiran yang

     

    • Melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan prestasi kutipan hasil. Selain itu, kaedah penjimatan, kawalan bajet dan kawalan kos dipraktikkan dari masa ke semasa bagi menggalakkan jabatan membuat perbelanjaan berdasarkan keperluan dan keutamaan tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.

     

    • Membuat perbandingan faedah yang telah ditawarkan oleh pihak bank bagi memastikan pelaburan simpanan tetap dibuat ke dalam bank yang menawarkan faedah yang kompetetif

     

    • Berusaha mencari hasil-hasil baharu yang membantu menjana pendapatan

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menyasarkan agar kutipan cukai taksiran semasa oleh PBT Negeri Selangor mencapai 90% manakala kutipan tunggakan cukai taksiran pula mencapai 70% seperti yang telah diluluskan dalam Mesyuarat MMKN Ke 7/2006 yang diadakan pada 5 April dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 April 2006.

Lampiran

Tiada Lampiran.