Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
86) MASIH BANYAK TERDAPAT PREMIS-PREMIS MAKANAN DAN PERKHIDMATAN YANG BEROPERASI MASIH BELUM MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN SYARIAH ATAU SIJIL HALAL DARI JAIS DAN JAKIM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan premis ini beroperasi dengan bersijil?
Pensijilan halal yang dilaksanakan pada hari ini adalah bersifat sukarela sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011). Berhubung status premis yang masih tidak mendapat pensijilan halal, antara tindakan yang telah dilaksana dan dirancang untuk dilaksanakan:
2015 2016 1. HalalFest 2015 2. Seminar Eksekutif Halal
3. Program Penerangan Halal Daerah
4. Ziarah Halal ke premis komersil
1. Seminar Eksekutif Halal 2. Program Penerangan Halal Daerah
3. Ziarah Halal ke premis komersil
4. Kursus Pematuhan Halal (kantin sekolah)
-
Apakah JAIS mempunyai cukup keupayaan untuk melakukan pemantauan bagi memastikan pematuhan syarat bagi premis yang telah mempunyai sijil halal?
Jumlah kelulusan Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh JAIS yang masih dalam tempoh sah laku adalah seperti berikut :
TAHUN KELULUSAN PEMANTAUAN STATUS 2015 1126 360 39 kelulusan dibatalkan/ditarik Berdasarkan rekod kelulusan Sijil Pengesahan Halal di atas, pihak JAIS masih belum mampu untuk memantau keseluruhan kelulusan sesebuah syarikat sekurang – kurangnya sekali dalam setahun. Keadaan ini berlaku disebabkan faktor – faktor berikut:
Bahagian Pengurusan Halal yang baru diwujudkan pada tahun
- Penambahan perjawatan sedia ada masih belum mencukupi walaupun pelantikan jawatan kontrak telah dibuat (Hanya 10 jawatan yang dapat dilantik daripada dari 51 jawatan kontrak yang diluluskan oleh MMKN pada tahun 2014)
- Belum mempunyai kemudahan- kemudahan sokongan operasi yang sewajarnya.