Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
71) KEBENARAN MERANCANG PROJEK PR1MA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri ada menerima permohonan dari pihak PRIMA untuk pembinaan rumah mampu milik di Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) ada menerima beberapa permohonan dari pihak PR1MA untuk pembinaan rumah mampu milik di Selangor. Namun begitu, kesemua permohonan tersebut hanya di peringkat perbincangan awalan sahaja bagi mendapatkan maklumat dari segi zoning, densiti dan piawaian perancangan sebelum pihak PR1MA membuat perincian perancangan untuk proses kelulusan kebenaran merancang. Sehingga kini, sebanyak 24 projek yang melibatkan 35,291 unit telah di rancang oleh pihak PR1MA.
-
Nyatakan status Kebenaran Merancang bagi tiga projek PR1MA di kawasan Ampang Jaya?
Pihak PR1MA masih belum mengemukakan sebarang permohonan Kebenaran Merancang kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi ketiga- tiga projek PR1MA iaitu di Pandan Jaya, Pandan Indah dan Cempaka, Ampang Jaya. Namun, terdapatnya perbincangan di antara pihak MPAJ dan PR1MA bagi ketiga- tiga projek