Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

69) PENGURUSAN AIR BAWAH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pengurusan air setelah pengambilalihan oleh kerajaan Selangor daripada Syabas?

    Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, usaha dan matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor adalah demi menjamin perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif di samping dapat meneruskan Program Air Percuma kepada seluruh

     

    • Justeru itu, tarikh 10 Julai 2015 merupakan tarikh bersejarah kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya memeterai Perjanjian Tambahan ke atas Perjanjian Utama. Pada tarikh ini, Kerajaan Negeri telah berjaya merungkai kemelut panjang industri perkhidmatan air dan akhirnya rakyat Negeri Selangor berjaya memiliki semula perkhidmatan air yang dikawal secara langsung oleh Kerajaan

     

    • Lanjutan daripada itu, pada 15 Oktober 2015, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dengan rasminya telah mengambil alih pengurusan operasi SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Seterusnya pada 26 Januari 2016, pengambilalihan syarikat konsesi Konsortium ABASS Sdn Bhd (“ABASS”) telah

     

    • Di bawah Perjanjian Utama, antara obligasi-obligasi yang perlu dipatuhi oleh Air Selangor setelah pengambilalihan SYABAS, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan ABASS adalah untuk menamatkan Perjanjian Konsesi PNSB dan Perjanjian Konsesi ABASS. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Air Selangor pada ketika ini sedang dalam proses untuk memuktamadkan penamatan Perjanjian Konsesi PNSB dan Perjanjian Konsesi

     

    • Pada masa yang sama, Air Selangor juga telah mengambil alih operasi dan pengurusan rawatan air bagi semua loji rawatan air (LRA) yang dahulunya di bawah Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. dan ABASS manakala LRA SSP 1, SSP 3 dan Rasa masih kekal di bawah pengurusan SPLASH kerana pengambilalihan SPLASH masih belum

     

    • Sehubungan dengan itu, setelah proses pengambilalihan secara keseluruhan dimuktamadkan, Air Selangor akan menjadi operator tunggal bagi operasi rawatan dan agihan. Selaku operator tunggal, pemantauan dan kawalan secara langsung akan diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan bahawa Air Selangor beroperasi dengan mementingkan kualiti dan keberkesanan
  2. Apakah penambahbaikan yang berlaku bawah pengurusan yang baru?

    Air Selangor mengambil alih secara rasmi pengurusan dan operasi dari SYABAS dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd pada 15 Oktober 2015, manakala pengambilalihan ABASS pula dimuktamadkan pada 26 Januari 2016. Demi menjamin perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif di samping dapat meneruskan Program Air Percuma kepada seluruh rakyat, beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh Air Selangor seperti berikut:-

     

    • Di bawah struktur lama, operasi rawatan air dikendalikan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, ABASS dan SPLASH, manakala operasi agihan air terawat dilaksanakan oleh SYABAS. Di bawah struktur baru, Air Selangor telah mengambil alih kedua- dua operasi. Dalam hal ini, Air Selangor masih dalam tempoh peralihan (transition period) untuk meneliti dan menyeragamkan semua tatacara di bawah satu

     

    • Air Selangor akan beroperasi selaku operator tunggal bagi rawatan dan agihan. Keadaan holistik ini dapat mengekang pemindahan harga (transfer pricing) dan dapat mencapai matlamat untuk memastikan kos operasi yang tidak membebankan. Pada masa yang sama, Air Selangor tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi (capacity charge) bagi pembelian air terawat sebagaimana Perjanjian Konsesi sedia ada;

     

    • Di bawah struktur baharu ini juga, pembiayaan ke atas perbelanjaan modal (CAPEX) akan ditanggung oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”). Ini berbeza dengan sistem yang terdahulu di mana CAPEX adalah ditanggung oleh syarikat konsesi. Selain daripada mendapat penjimatan kos operasi, Air

     

    Selangor akan dapat menumpukan perhatian kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan kepada pengguna. Ini akan dapat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam operasi perkhidmatan bekalan air.

     

    • Selaku Pemegang Lesen di bawah Akta Perkhidmatan Air Negara (Akta 655), segala perbelanjaan CAPEX Air Selangor akan dipantau secara langsung oleh SPAN dan Air Selangor tidak boleh membuat apa-apa aktiviti yang menyimpang dari kelulusan yang telah diberikan oleh

     

    • Antara perancangan yang telah dibuat oleh Air Selangor dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan air kepada pengguna adalah seperti berikut:-

     

    • Pemeriksaan (Due Diligence) ke atas loji-loji rawatan air

     

    Semenjak mengambil alih Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan ABASS, Air Selangor sedang meneliti dari aspek struktur, keupayaan teknikal serta sistem pemprosesan setiap loji yang berkenaan terutamanya loji-loji kecil bagi mengenal pasti keupayaan dan  penambahbaikan  yang boleh dibuat bagi memastikan loji-loji tersebut dapat beroperasi tanpa sebarang gangguan dan dapat membekalkan air yang berkualiti tanpa sebarang gangguan. Terdapat 30 loji rawatan air di bawah kendalian Air Selangor.

     

    (ii)          Penggantian Paip-paip Lama

     

    Air Selangor juga sedang meneliti keperluan untuk menukar paip di Negeri Selangor terutamanya di kawasan yang dikategorikan sebagai “hot spot”. Dalam melaksanakan sebarang tindakan yang melibatkan pembiayaan kewangan, Air Selangor amatlah menitik beratkan prinsip berasaskan value for money di samping mengutamakan dasar Kerajaan Negeri dalam agenda “Peduli Rakyat” kerana setiap kos yang terlibat itu akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk tarif air yang akan ditanggung oleh rakyat umum. Air Selangor akan memberi tumpuan untuk mengganti kira-kira 226 km paip air di Negeri Selangor untuk tahun 2016 sehingga 2018.

     

    (iii)         Penurunan NRW

     

    Air Selangor sedang meneliti dan membuat perancangan bagi menentukan garis dasar dan asas untuk pengurangan air tidak berhasil di masa depan melalui model yang bersesuaian, seperti Kawasan Meter Daerah dan Zon Meter Daerah. Dengan perancangan dan

     

    pengurusan NRW yang lebih efisien dan efektif, kadar  NRW disasarkan turun ke tahap 25% pada tahun 2025. Air Selangor juga sedang mengkaji kesesuaian pelaksanaan NRW yang sedang dilaksanakan pada ketika ini. Mengikut perancangan, Air Selangor akan melaksanakan pengurusan NRW secara holistik yang membabitkan kawalan kualiti kerja, komitmen pengurusan dan kakitangan dan mengkaji semula kesesuaian outsourcing secara keseluruhan kerja- kerja NRW. Air Selangor mensasarkan pada tahun 2025 untuk mencapai pengurangan NRW pada kadar 25%.

     

    (iv)         Menambah baik Pembekalan Air

     

    Air Selangor membuat perancangan untuk memastikan semua sistem agihan sedia ada dapat berfungsi dalam merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan penyambungan saling (inter- connection). Melalui sistem ini, pembekalan air kepada pengguna tidak akan terjejas, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji. Pembekalan air loji yang henti tugas boleh ditampung oleh bekalan air daripada loji rawatan air yang lain.

     

    PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

    Y.B. TUAN NG SZE HAN (N30 KINRARA)

     

    TAJUK : HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

     

    1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

     

    1. Adakah kerajaan akan meningkatkan jumlah hadiah daripada RM1000?

     

    1. Adakah kerajaan akan memberikan hadiah kepada pemohon ijazah yang pernah menerima Hadiah IPT semasa diploma?

     

    1. Sejauh manakah pertimbangan kerajaan untuk memberikan Hadiah IPT kepada pemohon yang melanjutkan Master dan PhD?

     

    JAWAPAN:

     

    1. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah hadiah RM1,000 kepada

     

    1. Hadiah IPT hanya diberi sekali seumur hidup. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tidak memberikan hadiah kepada pemohon ijazah yang pernah menerima Hadiah IPT semasa

     

    1. Pada masa ini, tiada keperluan bagi HPIPT dibuka kepada pelajar Master dan PhD. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan , Kerajaan Negeri akan mengimbangi perkara ini tertakluk kepada peruntukan kewangan sedia

     

    PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

    Y.B. PUAN HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (N39 KOTA DAMANSARA)

     

    TAJUK : KEBENARAN MERANCANG PROJEK PR1MA

     

    1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

     

    1. Adakah Kerajaan Negeri ada menerima permohonan dari pihak PRIMA untuk pembinaan rumah mampu milik di Selangor?

     

    1. Nyatakan status Kebenaran Merancang bagi tiga projek PR1MA di kawasan Ampang Jaya?

     

    JAWAPAN:

     

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) ada menerima beberapa permohonan dari pihak PR1MA untuk pembinaan rumah mampu milik di Selangor. Namun begitu, kesemua permohonan tersebut hanya di peringkat perbincangan awalan sahaja bagi mendapatkan maklumat dari segi zoning, densiti dan piawaian perancangan sebelum pihak PR1MA membuat perincian perancangan untuk proses kelulusan kebenaran merancang. Sehingga kini, sebanyak 24 projek yang melibatkan 35,291 unit telah di rancang oleh pihak PR1MA.

     

    1. Pihak PR1MA masih belum mengemukakan sebarang permohonan Kebenaran Merancang kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi ketiga- tiga projek PR1MA iaitu di Pandan Jaya, Pandan Indah dan Cempaka, Ampang Jaya. Namun, terdapatnya perbincangan di antara pihak MPAJ dan PR1MA bagi ketiga- tiga projek

     

    PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

    Y.B. TUAN KAMAROL ZAKI BIN ABDUL MALIK (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

     

    TAJUK : BANTUAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

     

    1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

     

    1. Bagaimanakah LZS memastikan bahawa penerima bantuan asnaf zakat Selangor adalah yang berkelayakan dan bukan yang dipalsukan?

     

    1. Apakah tindakan yang dikenakan ke atas penerima bantuan asnaf yang memalsukan maklumat mereka?

     

    JAWAPAN:

     

    1. Untuk memastikan penerima bantuan zakat dalam kalangan asnaf fakir dan miskin adalah yang berkelayakan serta mengikuti Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat, LZS menggunakan beberapa pendekatan. Antaranya:

     

    1. Menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah
    2. Semakan maklumat dengan merujuk kepada penolong amil kariah yang dilantik
    • Permohonan perlu mendapat pengesahan daripada ketua masyarakat (penghulu/ketua kampung/Nazir Masjid).

     

    1. Antara tindakan yang dikenakan ke atas penerima bantuan asnaf adalah:

     

    1. Kaunseling dan memberi amaran
    2. Menyenaraihitamkan individu yang terlibat
    • Untuk asnaf yang telah berdaftar, bantuan berkala yang disalurkan akan dihentikan sementara bagi menjalankan siasatan dan semakan semula bantuan.

     

    PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

    Y.B. TUAN NG TIEN CHEE (N27 BALAKONG)

     

    TAJUK : SAMPAH HARAM

     

    1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

     

    1. Nyatakan langkah yang diambil dan di rancang untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di tapak pelupusan sampah haram dan tepi

     

    1. Adakah kerajaan berhasrat untuk meminda enakmen sedia ada mengenai isu pembuangan sampah?

     

    JAWAPAN:

     

    1. Langkah-langkah yang diambil oleh PBT dalam menangani masalah pembuangan sampah haram di tapak pelupusan sampah haram dan tepi jalan adalah:-
      1. Menjalankan operasi bersepadu bersama Pejabat Daerah/Tanah Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Pejabat Daerah/Tanah Petaling di kawasan tapak sampah haram iaitu di Lot 3635, Jalan Ikan Seluang; Lot 19 & 20, Jalan Keli dan Tepi Sungai, Kampung Bukit Lanchong;

     

    1. Pejabat Daerah/Tanah mengeluarkan Notis Pelanggaran Syarat Tanah kepada pemilik tanah dan mengarahkan untuk membaikpulih;

     

    • Mengarahkan pemilik tanah memagar tanah untuk mengelakkan pembuangan sampah haram;

     

    1. Menjalankan pemantauan berjadual di tempat-tempat yang berisiko dan telah dikenalpasti sebagai lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah haram;

     

    1. Memasang papan tanda ‘Dilarang Membuang Sampah’ di lokasi pembuangan sampah haram yang telah dikenalpasti;

     

    1. Mengubah facade jalan kepada landskap di tepi jalan yang dijadikan tapak pembuangan sampah; dan

     

    • Mengambil tindakan serta merta terhadap aduan awam mengenai sampah haram sama ada dengan menggunakan pasukan in-house PBT atau back-up.

     

    Langkah-langkah yang dirancang adalah seperti berikut:-

     

    1. Pihak PBT sentiasa menjalankan pemantauan dan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) berkaitan kesalahan dalam pembuangan sampah contohnya UUK Pemungutan, Pembuangan, Dan Pelupusan Sampah Sarap & UUK Jalan, Parit dan Bangunan;

     

    1. Operasi bersepadu antara PBT bersama Pejabat Daerah dan mengambil tindakan melalui peruntukan pelanggaran syarat tanah di bawah Kanun Tanah Negara;

     

    • Mewujudkan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Selangor;
    1. Mengenakan hukuman yang berat di dalam Enakmen contohnya denda maksima dan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan dalam enakmen ini dikenakan antara RM10,000.00 hingga RM50,000.00 dan penjara antara enam (6) bulan hinggan lima (5) tahun; dan

     

    1. PBT diminta untuk mengenalpasti tapak pelupusan sisa binaan di lokasi yang paling sesuai di kawasan masing-masing sebagai kemudahan dalam melupuskan sisa binaan/industri.

     

    1. Pada masa ini punca kuasa PBT dalam menguruskan sampah adalah melalui Akta 171: Akta Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Pungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah-Sarap.

     

    Dimaklumkan, Kerajaan Negeri melalui UPEN dan Kamar Penasihat Undang- Undang Negeri Selangor dalam peringkat terakhir untuk membentangkan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor di mana pada 2 hingga 4 Mac 2016 yang lalu satu bengkel penyemakan draf akhir Enakmen ini telah diadakan bersama pihak UPEN yang bertindak sebagai urusetia, Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor sebagai urusetia dan wakil-wakil PBT sebagai peserta dan dijangka kertas cadangan MMKN berkenaan enakmen ini akan dibentangkan pada b

Lampiran

Tiada Lampiran.