Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
59) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf Stadium Shah Alam?
Pemeriksaan ke atas Stadium Shah Alam oleh pihak JKR Negeri Selangor pada 8 hingga 11 Oktober 2013 yang dilaksanakan selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 26/2013 pada 4 September 2013 mendapati beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki segera. Laporan pemeriksaan tersebut telah mengesyorkan agar kecacatan / kerosakan yang dikenalpasti diperbaiki secepat mungkin untuk memastikan fasiliti stadium berada di tahap yang baik untuk menjamin keselamatan dan kebolehfungsian fasiliti bangunan stadium dapat beroperasi dengan
KERJA-KERJA YANG TELAH DILAKSANAKAN
- Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melalui surat No. Ruj. : (3) dlm.IPK.Sel.800/AP/01/05 Jld.22 bertarikh 18 September 2013 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2,328,300.00 untuk kerja-kerja menaiktaraf Stadium Utama. Kerja-kerja menaiktaraf tersebut telah ditender dan pecahan kerja serta harga penender yang berjaya adalah seperti berikut :-
2.
BIL PERKARA TARIKH MULA
TARIKH SIAP
NILAI (RM) 1.
Kerja-Kerja Menaiktaraf Bilik Persalinan Dan Tandas Utama (VIP)
12.12.2013
02.04.2014
659,437.00
2. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Siaraya
20.11.2013 01.01.2014 425,955.00 3. Kerja-Kerja Menaiktaraf Bumbung
12.12.2013 05.03.2014 408,800.00 4. Kerja-Kerja Membaikpulih Genset
21.04.2014 16.11.2014 560,950.00 JUMLAH 2,055,142.00 Kerja-kerja menaiktaraf Stadium Utama telah dimulakan pada penghujung tahun 2013 dan siap sepenuhnya pada tahun 2014. Hasil daripada kerja- kerja menaiktaraf tersebut, fasiliti Stadium Shah Alam dapat berfungsi dengan baik yang seterusnya dapat menaikkan imej Stadium Shah Alam.
- Perbendaharaan Negeri Selangor melalui surat No. Ruj. : PWN. Sel. (PPA)(S)002/5/1 Jld 8 (14) bertarikh 24 April 2015 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2,274,500.00 untuk kerja berikut :-
BIL PERKARA TARIKH MULA
TARIKH SIAP
NILAI (RM) 1.
Pembangunan Satu Sistem Komprehensif Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan Satu (1) Unit Papan Skor Elektronik (Scoreboard) Secara Rundingan Terus
15.6.2015
14.10.2015
2,252,553.00
Kerja-kerja ini mewujudkan sistem kawalan keselamatan yang berkesan dan sistem audio/visual yang menarik di Stadium Shah Alam kerana ketiga-tiga peralatan iaitu CCTV, scoreboard dan sistem audio sediada telah diintegrasikan dan dibangunkan secara serentak.
KERJA-KERJA YANG SEDANG DILAKSANAKAN
- Kerja-kerja penggantian keseluruhan rumput padang di Stadium Shah Alam berjumlah RM238,560.00. Kerja-kerja ini telah siap 50% dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Mac
KERJA-KERJA YANG AKAN DILAKSANAKAN
- Pihak UPEN melalui surat rujukan : IPK.Sel.8000/AP/04/42 5
(31) bertarikh 29 Februari 2016 telah memohon kelulusan pihak Y.B. Pegawai Kewangan Negeri bagi penyaluran peruntukan pembangunan secara direct-grant melalui cek berjumlah RM9,150,000.00 untuk Cadangan Pembangunan di Stadium Shah Alam Bagi Tahun 2016. Kerja-kerja yang dicadangkan adalah seperti berikut :
BIL
PERKARA
TARIKH DIJANGKA MULA
TARIKH DIJANGKA SIAP
ANGGARAN HARGA (RM)
1.
Cadangan Menaiktaraf Pintu Utama VIP, Ruang Menunggu VIP, Ruang Makan VIP, Ruang Menonton Diraja dan Mengganti Kerusi VVIP, VIP/Sponsor dan Wartawan.
April 2016
Mei 2016
3,248,171.00
2.
Cadangan Menaiktaraf Lux Lampu Limpah Padang Dari 1200 Kepada 2000
Mei 2016
Sept 2016
5,900,000.00
3.
Kerja-Kerja Pembaikan Bumbung Stadium Shah Alam
April 2016
Mei 2016
637,992.00
- Selain dari kerja-kerja di atas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 20 Januari 2016 juga telah meluluskan cadangan berikut
:
BIL
PERKARA
TARIKH DIJANGKA MULA
TARIKH DIJANGKA SIAP
ANGGARAN HARGA (RM)
1.
Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih dan Menaiktaraf Sistem Pintu Masuk Penonton (Turnstile Gate)
Julai 2016
Sept 2016
2,000,000.00
Cadangan membaikpulih dan menaiktaraf turnstile gate adalah untuk kawalan keselamatan pintu masuk stadium serta mengelakkan penonton masuk ke stadium menggunakan tiket palsu. Apabila tiada kes-kes tiket palsu lagi maka hasil kutipan tiket Persatuan Bolasepak Negeri akan bertambah yang seterusnya akan meningkatkan hasil stadium.
-
Nyatakan secara terperinci jumlah pendapatan hasil sewaan Stadium Shah Alam pada tahun 2015?
Jumlah pendapatan hasil sewaan Stadium Shah Alam pada tahun 2015 ialah seperti di Lampiran
LAMPIRAN A
- Jumlah Pendapatan Hasil Sewaan Stadium Shah Alam pada tahun
BIL
JENIS HARTA
JUMLAH YANG PATUT DIKUTIP
BAYARAN/ KUTIPAN JUMLAH KUTIPAN TERKUMPUL % KUTIPAN TERKUMPUL
SEWA SEMASA
GST 6% JAN-NOV
DIS
(RM) (RM) (RM) (RM) SEMASA TUNGGAKAN JUMLAH (RM) 1 STADIUM UTAMA 8,005.00 480.30 99,482.70 90,832.40 8,485.30 0.00 8,485.30 99,317.70 99.83 2 TEMPAT LETAK KERETA 48,370.97 2,902.30 606,572.03 550,011.88 48,747.17 0.00 48,747.17 598,759.05 98.71 3 PUSAT AKUATIK 18,986.00 1,139.16 248,925.36 219,403.30 11,846.60 0.00 11,846.60 231,249.90 92.90 4 EXTREME PARK 5,000.00 300.00 62,700.00 57,400.00 5,300.00 0.00 5,300.00 62,700.00 100.00 JUMLAH BESAR 80,361.97 4,821.76 1,017,680.09 917,647.58 74,379.07 0.00 74,379.07 992,026.65 - Hasil Sewaan Acara Di Kompleks Sukan Shah Alam sehingga 31 Disember
BIL
JENIS HARTA
BAYARAN/ KUTIPAN JUMLAH SASARAN TAHUN 2015
JAN-NOV
PELARASAN
DIS
JUMLAH KUTIPAN TERKUMPUL SEHINGGA 31.12.2015
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) 1 STADIUM UTAMA 883,120.00 1,366,270.75 121,458.50 159,859.44 1,647,588.69 2 STADIUM MALAWATI 2,726,760.00 878,574.94 1,000.00 252,801.89 1,132,376.83 3 TEMPAT LETAK KERETA 350,040.00 394,178.78 1,886.80 16,567.92 412,633.50 4 PUSAT AKUATIK 557,760.00 634,000.40 7,058.01 98,673.13 739,731.54 5 EXTREME PARK 21,000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 JUMLAH BESAR 4,538,680.00 3,273,024.87 131,403.31 527,902.38 3,932,330.56 Jumlah Keseluruhan : Hasil Sewaan Tetap + Hasil Sewaan Acara
: RM 992,026.65 + RM 3,932,330.56 : RM 4,924,357.21