Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
57) PROGRAM PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM KAKITANGAN AWAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program wajib yang diberikan kepada kakitangan Awam beragama Islam agar dapat meningkatkan penghayatan Islam mereka?
Program wajib yang diberikan kepada kakitangan awam beragama Islam agar dapat meningkatkan penghayatan Islam mereka ialah
i. Program Pengukuhan Perkhidmatan Awam
(1 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)
ii. Wacana Minda
(8 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)
iii. Wacana Khilafiah
(1 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)
iv. Diskusi Wanita
(1 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)
v. Program Membudayakan Ilmu
(Setiap Minggu – Kakitangan JAIS)
vi. Program Pemantapan Ilmu: Tahsinul-Quran
(1 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)
vii. Program Pemantapan Ilmu: Sempurnakah Solatku?
(2 kali setahun – peserta kakitangan awam semua Jabatan di Negeri Selangor)
-
Berapa Bajet yang disediakan untuk melaksanakan program ini?
Bajet yang disediakan untuk melaksanakan program ini berjumlah RM103,600.00