Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
50) WANG REZAB KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rizab kerajaan pada akhir 29 Februari 2016?
Rizab kewangan negeri terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada 29 Februari 2016 adalah berjumlah RM3,298.39 juta berbanding RM3,258.61 juta pada 31 Disember
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan bagi menggunakan sebahagian wang rizab kerajaan ini untuk tujuan pembangunan kemudahan dewan orang ramai di kampung-kampung tradisi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi?
Rizab kewangan Kerajaan Negeri Selangor akan digunakan bagi program, projek dan aktiviti untuk tujuan pembangunan Negeri Selangor dan kebajikan rakyat Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor pada Dewan Negeri Selangor Sidang November 2015 telah membentangkan lima (5) strategi Belanjawan 2016 yang memberi keutamaan untuk menjana pembangunan dinamik dan organik di mana strategi ketiga Belanjawan 2016 adalah mempertingkat Pembangunan Berkualiti dan Inisiatif Peduli. Kerajaan Negeri komited untuk menyuntik dinamisme ekonomi, sosial dan infrastruktur di luar bandar. Fokus Kerajaan Negeri pada tahun 2016 adalah untuk merevolusikan pembangunan desa dan luar bandar. Dalam konteks pembangunan desa dan luar bandar, kemudahan-kemudahan asas seperti dewan orang ramai boleh dipertimbangkan mengikut keperluan kampung yang