Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

38) TABUNG BIASISWA ANAK SELANGOR DAN TABUNG SARADIRI PELAJAR UNISEL & KUIS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pelajar serta jumlah kewangan dipohon daripada unisel dan kuis yang telah mendapat manfaat tersebut bagi tahun 2015? Senaraikan lengkap pemohon

    Berikut adalah bilangan pelajar UNISEL dan KUIS yang menerima Tabung Biasiswa Selangorku dan Bantuan Sara Diri bagi tahun

    1. Tabung Biasiswa Selangorku

     

     

    KOLEJ JUMLAH PELAJAR KOS

    (RM)

    KUIS 67 Orang 2.88 juta
    UNISEL 41 Orang 2.01 juta
    JUMLAH 108 Orang 4.89 juta

     

    1. Bantuan Sara Diri

     

     

    KOLEJ JUMLAH PELAJAR KOS

    (RM)

    KUIS 163 Orang 187,200.00
    UNISEL 299 Orang 154,800.00
    JUMLAH 457 Orang 342,000.00

     

  2. Bagaimana dapat dipastikan tempoh serahan kewangan diterima lebih awal daripada kelulusan PTPN?

    Pada masa ini, setiap permohonan Bantuan Sara Diri akan hanya dipertimbangkan jika disertakan bersama dokumen sokongan PTPTN. Walaupun pelajar telah menerima status kelayakan, namun PTPTN mengambil tempoh masa selama 2 bulan untuk memproses dan menyalur pinjaman.

    Bagi memastikan pelajar menerima bantuan lebih awal daripada pembayaran pihak PTPTN, proses pembayaran Bantuan Sara Diri dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah status kelayakan PTPTN dikemukakan.

  3. Berapa peratuskah peruntukan telah dikeluarkan?

    Bagi tahun 2015, sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Sara Diri. Walau bagaimanapun, memandangkan ia baru diperkenalkan pada tahun 2015, jumlah yang dibelanjakan hanyalah 2.94% bersamaan RM352,800.00. Jumlah ini dijangka meningkat pada tahun ini berdasarkan promosi yang telah dilaksanakan oleh pihak UNISEL, KUIS dan

Lampiran

Tiada Lampiran.