Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

31) PELABURAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah diambil oleh Kerajaan Selangor untuk menarik pelabur asing?

    Antara langkah-langkah yang dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-

     

    1. Pengurusan
      1. Menyediakan pelan perancangan strategik sektor
      2. Memperkukuhkan peranan agensi penggalakan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para
    • Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur di peringkat Pihak Berkuasa
    1. Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan
    2. Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan – kawasan perindustrian yang sedia
    3. Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju
    • Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and

     

    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB
    1. Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran
    2. Invest Selangor Talent initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang
    3. Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan profesional bagi memberikan perkhidmatan kepada

     

    1. Networking
      1. Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang
      2. Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
    1. Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di Negara

     

    1. Promosi
    1. Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar
    2. Penyertaan dalam pameran yang bertaraf
    3. Penganjuran Selangor International Expo yang dijadulkan pada 20

    – 22 Oktober 2016 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

     

  2. Berapakah jumlah hasil Kerajaan Selangor merupakan hasil pelaburan?

    Hasil dari aktiviti pelaburan yang diuruskan oleh Invest Selangor tidak diakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor. Hasil kepada Kerajaan Negeri daripada aktiviti pelaburan hanya hasil dari segi bayaran premium tanah dan cukai tanah. Manakala hasil kepada Pihak Berkuasa Tempatan pula adalah hasil daripada kutipan cukai

     

    Walau bagaimanapun, aktiviti pelaburan tidak memberikan hasil secara langsung, namun Kerajaan Negeri ada membuat pelaburan dalam bentuk pelaburan deposit jangka pendek dan simpanan tetap. Hasil dari Pelaburan Deposit jangka pendek dan simpanan tetap bagi tahun 2015 adalah berjumlah RM 109 juta.

     

  3. Apakah insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor untuk menarik pelabur asing?

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau galakan berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau

     

    Insentif – insentif berbentuk kewangan yang diberikan kepada pelabur ketika ini adalah insentif yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Antara insentif utama yang ditawarkan adalah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan.

     

    Walaupun secara dasarnya tiada insentif atau galakan berbentuk kewangan yang ditawarkan, namun pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.