Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

30) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penyertaan hanya dihadkan kepada seratus orang murid sahaja. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah bilangan pelajar?

    Penyertaan peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor telah dihadkan kepada

    100 pelajar atas faktor jumlah peruntukan yang sedia ada. Cadangan penambahan pelajar ini akan dikaji berdasarkan peruntukan sedia ada.

  2. Setelah mencecah hampir 7 tahun, apakah penambahbaikan yang telah dilaksanakan?

    Penambahbaikan yang telah dilaksanakan antaranya ialah :

     

    • melaksanakan pemantauan secara berkala iaitu melalui laporan bulanan yang dihantar terus kepada pihak Kerajaan Negeri;

     

    • melaksanakan mesyuarat secara dwi bulanan bersama Koordinator Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor;

     

    • info dan pelaksanaan PTRS peringkat kawasan Dewan Negeri kini boleh diakses secara atas talian melalui laman facebook di page :

    Program Tuisyen Rakyat Selangor; dan

     

    • melaksanakan sistem pembayaran secara terus kepada KPMI, Guru dan premis Tuisyen di setiap kawasan Dewan Negeri bagi memastikan peruntukan digunakan dengan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.