Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

27) UNIT INTEGRITI SUK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jenis dan bilangan kes yang telah diambil tindakan oleh Unit Integriti SUK

    Sejak penubuhan Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu pada 1 Julai 2014 sehingga 29 Februari 2016, sebanyak 117 aduan integriti yang melibatkan penjawat awam telah diterima. Daripada jumlah aduan tersebut, sebanyak 56 aduan melibatkan kesalahan rasuah/salah guna kuasa; 2 aduan tuntutan palsu; 6 aduan melibatkan kes tipu/pecah amanah; dan 53 aduan melibatkan kesalahan pentadbiran. Tindakan yang diambil terhadap semua aduan yang diterima termasuklah tindakan pengesanan dan pengesahan; mendapatkan maklumbalas daripada jabatan/agensi yang terlibat; ataupun merujuk terus kepada SPRM/Lembaga Tatatertib yang

     

    Berhubung pengurusan kes tatatertib, terdapat sebanyak sepuluh (10) kes yang telah diambil tindakan oleh Unit Integriti Pejabat SUK Selangor. Daripada jumlah kes tatatertib tersebut, sebanyak 4 kes melibatkan kesalahan tidak hadir bertugas; 1 kes melibatkan kesalahan melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan; 1 kes gangguan seksual; 1 kes penyalahgunaan dadah; 1 kes membuat tuntutan palsu; 1 kes pertuduhan jenayah di mahkamah; dan 1 kes kurang cekap dalam melaksanakan tugas. Berdasarkan kes-kes tatatertib tersebut, 2 daripadanya dikenakan hukuman buang kerja; 1 kes dikenakan hukuman amaran; 1 kes dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji; 1 kes dirujuk ke Bahagian Kaunseling; dan 5 lagi kes masih dalam tindakan.

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Unit Integriti bagi memastikan peningkatan keefisienan pentadbiran awam untuk mesra rakyat?

    Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan tadbir urus organisasi dan penginstitusian integriti dilaksanakan secara efisien. Dalam mencapai hasrat ini, antara inisiatif yang diambil selaras dengan fungsi teras Unit Integriti, termasuklah:

     

    • Mewujudkan hubungan langsung dengan Unit Integriti di setiap jabatan/agensi dalam memberikan penerangan berkenaan integriti dan dalam masa yang sama membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan kakitangan masing-masing;

     

    • Mengadakan kursus, seminar, bengkel dan taklimat berhubung tatakelakuan dan salahlaku rasuah;

     

    • Mengedarkan risalah-risalah berkaitan tatakelakuan dan salahlaku rasuah;

     

    • Menandatangi Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan mewujudkan inisiatif- inisiatif dalam membendung gejala rasuah; dan

     

    • Menyediakan saluran aduan integriti yang melibatkan penjawat awam melalui emel, talian telefon, faks, surat dan walk-in di Unit-unit Integriti yang ditubuhkan bagi memudahkan penyaluran aduan integriti sama ada dari kalangan kakitangan mahu pun orang

Lampiran

Tiada Lampiran.