Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

25) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah projek terbengkalai yang masih belum dipulihkan di setiap PBT

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek terbengkalai di Negeri Selangor sehingga 29 Februari 2016 adalah sebanyak 115 projek yang melibatkan 25,374 unit. Statistik projek terbengkalai mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti berikut:

     

     

     

    NO

     

     

    KAWAS AN PBT

     

    PROJEK PERUMA HAN

     

    PROJEK KOMER SIAL

     

    PROJEK INDUST RI

    PROJEK PEMBES ARAN KAMPUN G JUMLA H PROJE K  

     

    JUMLAH UNIT

    1 MBSA 11 11 2,983
    2 MBPJ 1 2 3 1,796
    3 MPSJ 1 2 3 347
    4 MPAJ 4 4 2,521
    5 MPK 26 3 1 30 3,607
    6 MPKJ 12 12 3,943
    7 MPS 7 2 9 2,207
    8 MPSp 7 7 243
    9 MDKS 6 2 8 3,249
    10 MDHS 8 1 5 14 4,231
    11 MDKL 13 13 221
    12 MDSB 1 1 26
    JUMLAH 97 8 1 9 115 25,374

     

  2. Bilakah kerajaan akan melaksanakan konsep bina kemudian jual 10:90 di negeri ini?

    Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mewajibkan semua pemaju di Negeri melaksanakan konsep bina kemudian jual (BKJ) ataupun Konsep 10:90 memandangkan kuasa terhdap pengawalan sektor perumahan adalah dibidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). KPKT melalui Menterinya pada tahun 2012 telah mengumumkan untuk mewajibkan pelaksanaan Konsep BKJ ke atas semua pemaju bermula pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, pada tahun 2014, Menteri KPKT telah memutuskan Konsep BKJ bagi pemaju perumahan tidak wajib dilaksanakan pada tahun 2015. Pertimbangan ini dibuat setelah mengambil kira kenaikan harga rumah yang mungkin berlaku sekiranya dilaksanakan kelak, syarikat atau pemaju perumahan kecil-kecilan tidak mampu untuk membina rumah disebabkan setiap kos terpaksa ditanggung oleh

     

    Kerajaan Negeri amat kesal dengan pembatalan untuk mewajibkan semua pemaju melaksanakan Konsep BKJ memandangkan ianya mampu mengekang berlakunya projek terbengkalai. Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik dan amat mengalu-alukan sekiranya terdapat pemaju- pemaju ingin melaksanakan Konsep BKJ mahupun Konsep 10:90 bagi projek perumahan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.