Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

21) HE FOR SHE

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada perancangan khusus kempen ini selain perasmian yang telah dibuat tempoh hari?

    a) dan b)

     

    Pelancaran kempen HeForShe peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 2 Februari 2016 yang lalu dengan dihadiri lebih 300 orang ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, jabatan Kerajaan Persekutuan, pengurusan tertinggi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri serta Badan-Badan Berkanun Negeri.

    Kempen HeForShe yang dilancarkan adalah bertujuan memberi kesedaran awam kepada masyarakat terutama golongan lelaki untuk memahami kepentingan untuk bersama-sama mencapai kesaksamaan gender. Selain daripada itu, kempen ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada kumpulan pengurusan tertinggi atau pembuat keputusan di setiap agensi dan jabatan untuk memahami keperluan perubahan dasar yang mesra gender dan melaksanakan pentadbiran serta dasar yang menyokong usaha mencapai kesaksamaan gender di organisasi masing–masing.

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah memperuntukkan RM50,000.00 bagi tujuan kempen dan program advokasi HeForShe di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dengan menaikkan billboard HeForShe serta penganjuran forum HeForShe.

     

  2. Apakah objektif kempen ini dan siapakah yang dipertanggungjawabkan kempen ini tercapai matlamatnya?

  3. Berapa ramaikah yang telah menandatangani deklarasi ini, nyatakan mengikut pecahan lelaki dan wanita.

    Kempen  ini  diukur  dengan  bilangan  ‘sign  up’  atau  tandatangan  komitmen

    HeFoShe dengan mensasarkan golongan lelaki berbanding wanita. Sehingga

    23 Mac 2016, seramai 1,302,116,780 orang di seluruh dunia telah menandatangani komitmen ini. Daripada jumlah itu, seramai 2,276 orang rakyat Malaysia telah menandatangani iaitu seramai 1,893 orang lelaki (83.2%) dan 330 orang wanita (14.5%), manakala 53 lain-lain (2.3%). Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan merancang dan merangka program dan kempen-kempen yang berkaitan bagi tujuan tersebut memandangkan kesedaran awam ini merupakan satu proses yang panjang.

Lampiran

Tiada Lampiran.