Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

18) TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penubuhan tribunal pengurusan strata?

    Untuk makluman Y.B. Tribunal Pengurusan Strata diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri berkaitan pemberian kuasa Eksekutif kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    Berikut merupakan maklumbalas pihak Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata berkaitan soalan Y.B. seperti berikut:

    1. Tribunal Pengurusan Strata (TPS) ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Februari 2013. Akta 757 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2015 dan TPS telah mula beroperasi pada  1 Julai

     

    Tarikh permulaan kuat kuasa Akta 757 bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia iaitu pada 1 Jun 2015 kecuali Pulau Pinang pada 12 Jun 2015, masing- masing melalui warta P.U.(B) 231/2015 dan P.U.(B) 248/2015. Bagi negeri Johor, pelaksanaan Akta 757 adalah ditangguhkan.

     

    Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan, tarikh permulaan kuat kuasa ialah pada 1 Jun 2015 melalui warta P.U.(B) 237/2015.

  2. Siapakah ahli lembaga tribunal yang telah dilantik?

    Pelantikan Anggota Tribunal diperuntukkan di bawah perenggan 103(1)(b), Akta 757 yang menyatakan bahawa pelantikan anggota hendaklah dilantik oleh Menteri daripada kalangan orang yang merupakan anggota atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau orang yang diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela Sarawak [Sarawak Bab 10] dan yang telah menjalankan amalan tidak kurang daripada tujuh

     

    Seramai 20 anggota tribunal telah dilantik di kalangan peguambela dan peguamcara dan YB Menteri telah menyempurnakan Watikah Pelantikan anggota tribunal tersebut pada 9 Julai 2015. Senarai nama Anggota Tribunal yang telah dilantik adalah seperti berikut:

     

    • Dato’ Muralee a/l Menon
    • Dato’ Vignesh Kumar a/l Krishnasamy
    • Datuk Roger Tan Kor Mee
    • Tuan Lim Eng Siang
    • Tuan Ahmad Mardzuqi bin Mokhtar
    • Tuan Kamarul Zaman bin Hj. Abdul Rahman
    • Puan Teh Yoke Hooi
    • Tuan Mohd Azfar Anton bin Abdullah @ Anton D’ Silva
    • Tuan Ng Kok Peng
    • Tuan Wong Fook Meng
    • Tuan Abdul Majid bin Md Yusof
    • Tuan Ong Wai Leong
    • Tuan Colin Andrew Pereira
    • Tuan Nadzarin bin Wok Nordin
    • Tuan Satish a/l Mavath Ramachandran
    • Tuan Quaik Chong Yu
    • Tuan Oh Teik Keng
    • Tuan Murthi a/l Suppan
    • Tuan Rejinder Singh a/l Gurdev Singh
    • Tuan Low Kiang Kiau

Lampiran

Tiada Lampiran.