Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
6) AGIHAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pelajar ke IPTA dan IPTS yang menerima Biasiswa Kerajaan Negeri di dalam tahun 2009 hingga 2015?
Kerajaan Negeri tidak menawarkan biasiswa kepada pelajar IPTA dan IPTS, sebaliknya pembiayaan diberikan dalam bentuk pinjaman boleh ubah. Jumlah keseluruhan pelajar yang telah menerima Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor bagi tahun 2009 sehingga 2015 adalah seramai 7,834 seperti pecahan berikut:
Tahun Bilangan Penerima 2009 1,056 2010 1,040 2011 850 2012 1,204 2013 1,114 2014 1,120 2015 1,450 -
Berapakah nilai Biasiswa Kerajaan Negeri yang dibelanjakan dalam tempoh tersebut?
Nilai Pinjaman Pelajaran yang telah dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2015 adalah sebanyak RM101,654,378 seperti berikut:
Tahun Jumlah Pinjaman (RM) 2009 11,191,927 2010 12,798,581 2011 16,161,027 2012 20,060,128 2013 19,781,379 2014 20,008,279 2015 19,653,057 Jumlah Keseluruhan 101,654,378