Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

296) PENGEZONAN TANAH RUMAH IBADAT ISLAM DAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan menetapkan syarat kepada semua pemaju supaya menyediakan tanah rizab untuk rumah ibadat Islam dan rumah ibadat selain Islam untuk setiap kelulusan permohonan pembangunan projek?

    Bagi tujuan kelulusan permohonan pembangunan sesebuah projek, Kerajaan Negeri menggunapakai Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang telah diluluskan pemakaiannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memastikan semua pemaju mematuhi Manual Garis Panduan tersebut bagi semua permohonan pembangunan projek yang dikemukakan untuk pertimbangan.

  2. Adakah Kerajaan bersedia mengecualikan cukai tanah / cukai pintu terhadap tempat beribadat?

    Merujuk kepada Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 8/2011, iaitu berkaitan Garis Panduan Kegunaan Tanah Untuk Tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Negeri Selangor, garis panduan ini antara lain telah memaklumkan bahawa MMKN ke 15/2011 yang bersidang pada 27 April 2011 telah meluluskan cadangan pelaksanaan pewartaan rumah ibadat selain Islam di Negeri Selangor. Lanjutan daripada itu, tiada cukai dikenakan ke atas tanah bagi tujuan keagamaan yang diwartakan di bawah Pegawai Pengawal, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.