Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
290) GERAI TIDAK BERLESEN OLEH WARGA ASING
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan tegas Kerajaan Negeri dalam mengesan gerai tidak berlesen warga asing di kawasan luar bandar?
Tindakan tegas yang diambil ke atas gerai tidak berlesen warga asing di kawasan luar bandar ialah dengan menjalankan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan seperti pihak PDRM, Imegresan dan lain-lain agensi yang berkaitan. Tindakan sitaan barang perniagaan dan premis akan diambil ke atas peniaga manakala tindakan perobohan struktur akan dilaksanakan sekiranya struktur dibina tanpa
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan gerai warga asing ini disekat?
PBT mengambil beberapa pendekatan bagi memastikan gerai warga asing ini disekat daripada beroperasi iaitu dengan mengambil tindakan seperti berikut :
- Tindakan penarikan semula lesen perniagaan dilaksanakan jika mengetahui perniagaan dijalankan oleh warga asing kerana kebanyakan premis disewakan oleh warga tempatan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan bagi pihak mereka;
- Menyenarai hitamkan warga tempatan yang menyewakan premis kepada warga asing;
- Mewujudkan kerjasama daripada komuniti setempat untuk memantau dan melapor perkara tersebut kepada pihak PBT bagi tindakan penguatkuasaan; dan
- Perkara 4 (f) Undang-undang kecil Penjaja 2007 menyatakan dokumen yang diperlukan dalam permohonan lesen ialah nama, alamat, nombor kad pengenalan, dan gambar terbaru berukuran passport. PBT telah meletakkan syarat-syarat penggunaan warga asing iaitu perkara 11 syarat-syarat am lesen penjaja iaitu tidak dibenarkan menggunakan pekerja asing tanpa lesen. PBT juga memperkenalkan Sistem
Pengesahan Pengambilan Lesen yang berfungsi mengesan pemegang lesen bagi memastikan perniagaan dijalankan secara sendiri.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani warga asing yang berniaga tapi menggunakan lesen warga tempatan?
Sekiranya peniaga tempatan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing dan perkara ini dapat dibuktikan atau pemilik lesen gagal memberi alasan yang munasabah, proses penarikan dan pembatalan lesen akan dilaksanakan